Jika kita dengar, lihat, baca dan hayati amanat yang telah disampaikan oleh Timbalan Presiden UMNO malam tadi, ia memang sesuatu yang agak memberansangkan dan mampu beri semangat luar biasa kepada siapa sahaja yang mendengarnya terutama sekali pada para perwakilan.
Walau ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Muhyiddin dengan gaya bersahaja dan makan dalam bagi siapa yang terasa. Namun apa yang hendak ditekankan di sini ialah mampukah para pemimpin UMNO yang duduk terangguk-angguk dan tergeleng-geleng di barisan belakang serta para perwakilan yang duduk di hadapan bersorak sorai dengan tepukan pada malam tadi, membuat satu anjakkan pemikiran pada diri sendiri dan parti keramat orang Melayu ini untuk berubah atau hanya dudu-duduk sahaja di dalam dewan berhawa dingin, menanti masa untuk rebah menjilat tanah.
Mungkin inilah masa yang sesuai untuk para pengkritik UMNO meluahkan apa yang terbuku selama ini di benak hati, di atas segala tingakah laku dan gerak geri pemimpin dan ahli UMNO adakalanya, apa yang ditunjukkan oleh mereka ini amat jelik sekali pada pandangan mata rakyat.
Apa-apa pun perjalan perhimpunan Agung UMNO ini masih jauh lagi, dah tentu banyak isu menarik dibahaskan oleh perwakilan dan akan dikupas oleh sesiapa sahaja yang mengikuti rapat perhimpunan ini hingga hari terkahir iaitu ucapan penangguhan yang akan digulung oleh Presiden UMNO, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.
Selamat bersidang dan jangan tertidur dalam dewan dan menunjukan perangai yang tidak senonoh sepanjang perhimpunan berlangsung jika tidak mahu gambar anda popular dihentam oleh penyokong Pakatan Haram Pembangkang.

Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..