Rabu, 30 November 2011

Pengaruh Artis Dalam Politik, Sejauh Mana Kesanya?

    3:53:00 PTG   No comments

 
 Sejuk mata memandang

Memang hangat betul apabila pelakon jelita tahap gaban, Lisa Suriani muncul di Perhimpunan Agung UMNO. Dengan kemunculan pelakon wanita yang disukai ramai dan lemak berkerim ini, sedikit sebanyak telah menyebabkan tumpuan lensa kemera yang sedang membuat sesi pengambaran diperhimpunan agung UMNO, lebih terarah kepada pelakon wanita tersebut.

Sudah tentu dengan kemunculan Lisa Suriani telah membuatkan perhimpunan agung UMNO, lebih berseri-seri dan juga menjadi bahan penyedap mata kepada seluruh perwakilan yang hadir terutama sekali bagi kaum lelaki.

Adakah ini sebahagian daripada strategi UMNO untuk menarik minat golongan muda dan belia agar menyertai parti keramat bagi orang Melayu pada masa akan datang apabila terlihat idola kesayangan mereka muncul di perhimpunan agung ini.

Memang tidak dinafikan pengaruh artis turut memainkan peranan penting untuk mempengaruhi orang lain terutama dari kalangan peminat setia untuk menyertai sesebuah organisasi seperti parti politik. Jika pendekatan ini membawa kesan yang baik pada parti, memang tidak menjadi kesalahan parti-parti politik menarik gologan artis ini menyertai mereka.


Selain dari Lisa Suriani, kelibat pelakon lelaki terkenal tanah air, Zed Zaidi juga turut terlibat sama hadir dalam perhimpunan agung UMNO yang berlangsung ketika ini.

Pakatan Haram Pembangkang tentunya sakit hati, sakit mata apabila melihat ramai artis tempatan meyertai UMNO dan mereka ini juga mempunyai ramai peminat. Jika sebelum ini mereka begitu berbangga dengan penyertaan pelakon dan pelawak tua, Bob Lokman ke dalam Parti Islam Pas, dengan tertonjolnya Lisa Suriani di perhimpunan agung UMNO ini, membuatkan lebai-lebai Pas menggit jari kerana pelakon jelita dambaan mereka itu tidak menyertai partinya.

Pembabitan artis dalam organisasi sesebuah parti politik tentulah ia akan memberi kesan dalam menarik undi golongan muda masa kini, jika ia dilakukan dengan strategi yang betul. Namun sejauh mana kesanya aura yang dimiliki oleh artis-artis ini, hanya boleh dententukan dengan sokongan yang diterjemah dalam bentuk kertas undi.

Wak J: Sudah terkesan...Lisa Suriani punya pasal...sanggup wak turun dari atas pagar untuk menyertai UMNO...oh! Lisaaaaaaaa...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.