Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umno. Papar semua catatan

Khamis, 27 November 2014

Tak Jadi Mansuh Akta Hasutan, Pembangkang Dakwa Telah Diperdaya Najib Razak

    10:34:00 PTG   12 comments
najib-razak-akta-hasutan

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dalam ucapanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2014 di PWTC petang tadi telah mengaskan bahawa Kerajaan mahu Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan.

Pengumuman Najib itu telah menyebabkan impian Pembangkang yang mahu melihat undang-undang tersebut dihapuskan berkubur apabila Perdana Menteri tidak melayan tuntutan mereka.

Selain Akta Haustan 1948 dikekalkan, beberapa perkara turut dimasukkan ke dalam undang-undang sedia ada untuk memperkukuhkan akta tersbut. Antaranya, akta perlindungan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama-agama lain supaya tidak dihina.

Najib juga turut mengumumkan untuk meperkenalkan satu akta atau undang-undang khas supaya tindakan boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menyifatkan tindakan Najib mengekalkan Akta Hasutan 1948 sebagai mengmukiri janji. Abang kepada Azwan Ali itu juga turut melahirkan rasa kecewanya kerana janji Najib sebelum ini untuk memansuhkan akta tersebut sebagai modal politik untuk meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya.

zahida rafik
Apa lagi tak kena dengan minah ni. Klik foto

Pengumuman pengekalan Akta Hasutan 1948 yang dilakukan semasa Perhimpuanan Agung UMNO turut dipersoal oleh seorang lagi pemimpin Pembangkang. Adun DAP, Teng Chang Khim menyifakan pengumuman Najib itu sebagai satu taktik politik untuk mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

Presiden Umno itu dilaporkan pada 11 Julai 2012 apabila beliau berkata Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional sebagai sebahagian daripada program transformasi kerajaan.

Setahun selepas berjanji, Najib memberitahu BBC World News pada 2 Julai 2013, kerajaan akan meminda akta berkenaan tetapi mahu memastikan Malaysia aman dan harmoni.

Ahad, 19 Januari 2014

Sampai Bila Kerajaan Pimpinan Najib Razak Mahu Jadi Barua Pembangkang!

    10:00:00 PG   2 comments
anwar-najib-teh-tarik

Wak J: Sekiranya wak jadi ahli UMNO pasti sudah berdesing telinga mendengar sindiran pedas dari Remesh Rao terhadap kelembikan dan tidak berdayanya kerajaan BN di bawah pimpinan Najib Razak hari ini apabila berdepan dengan Pembangkang.

Patut pun ramai anak muda Malayu di luar sana masih teragak-agak untuk menyertai UMNO jika dilihat keadaan pemimpin yang membarisi parti keramat orang Melayu ini hampir semuanya lembik, bacul serta ada yang sanggup jadi barua kepada Pembangkang.



Kepada ahli dan pemimpin UMNO..tak rasa malu ke kamu dengan sindiran pedas begini datangnya dari seorang yang berbangsa India setelah geram melihat bertapa lemah dan lembiknya kerajaan hari ini yang ditunjangi oleh parti Melayu apabila berdepan dengan dakyah serta fitnah Pembangkang!

Ke mana perginya terlur-telur mu wahai Panglima UMNO yang kononya gagah berani. Bini pegang kah...kekasih gelap simpan kah..atau sudah hilang kah?

Apa Lagi Yang Perlu Diperjuangkan Dalam UMNO Kalau Bukan Tembolok Sendiri

    12:11:00 PG   2 comments
rauf-tian-chua-lahad-datu

Wak J: Zaman orang Melayu ditindas oleh pejajah sudah lama berkahir, tak ada apa lagi perlu diperjuangkan UMNO sekarang kerana rakyat kini semuanya sudah hidup selesa, mempunyai kerja, memiliki rumah serta kereta sendiri.

Kalau ada pemimpin UMNO yang berkobar-kobar melaung, melalak sampai terkeluar anak tekak kononya mahu mempertahankan nasib orang Melayu seperti yang dapat kita lihat hari ini, itu hanyalah retorik semata-mata.

Sebab itulah sejak kebelakangan ini, dilihat terdapat segelintir pemimpin UMNO atau orang yang berada disekelilingnya yang diberi tanggungjawab untuk mempertahankan UMNO dan juga amanah menjaga nasib orang Melayu, melakukan kerja mereka sekadar melepaskan batuk ditangga, kadang kala tindakan mereka ini membuatkan orang Melayu rasa menyampah.

Memandangkan zaman memperjuangkan nasib orang Melayu dari penjajah sudah berkahir dan UMNO kini telah menjadi lubuk duit dan tempat untuk mengumpul harta kekayaan, maka dengan peluang yang ada telah diguna oleh golongan yang berkepentingan untuk mengenyangkan tembolok sendiri seperti yang diluah oleh The Selangor Chronicle di bawah ini.

hafarizan-umno-tembolok

Peguam UMNO Lebih Pentingkan Tembolok Sendiri

Boleh jadi peguam UMNO, Hafarizan Haron tidak menyangka, tindakannya mendorong anak guamnya, UMNO Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Kerjanya, Raouf Jusuh akan dikecam, bahkan dilaknati oleh ahli-ahli UMNO. Sekarang ini pun, Hafarizan sedang sibuk bersilat sana sini sambil meminta bantuan daripada konco-konconya dalam UMNO untuk menyokong tindak-tanduknya itu.

Perlu diingat, peguam-peguam yang sanggup melakukan pembelaan ke atas UMNO dan segala entitinya, merupakan golongan terpinggir dalam komuniti guaman. Peguam-peguam Utusan Malaysia contohnya, tidak sahaja dipinggirkan, bahkan mereka dihina oleh kebanyakan peguam yang berterus-terang menyatakan pendirian mereka yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR. Manakala peguam yang mewakili agensi kerajaan seperti FELDA pula, lebih cenderung untuk ponteng kerja dan memudahkan tindakan pihak lawan ke atas agensi-agensi terbabit.

Disebabkan itulah, kita dapat melihat banyak keputusan-keputusan mahkamah yang sangat upset terutama sekali membabitkan Utusan Malaysia. Apatah lagi trick peguam-peguam itu pula turut dibantu oleh hakim-hakim mahkamah yang tidak kurang juga enggan terkecuali daripada permainan politik dan '3rd Force'.

Justeru, para peguam ini biasanya memilih jalan selamat iaitu walaupun mengambil upah dari UMNO tetapi akan bermuka-muka supaya mereka tidak terus dipinggirkan oleh komuniti guaman. Setidak-tidaknya, mereka telah 'membuat jasa' kepada pihak yang satu lagi dengan tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas membela UMNO dan kerajaan.

Kita tidak menuduh Hafarizan sebagai talibarut Pakatan yang menyelinap ke dalam UMNO dan menjadi peguamnya demi mendapatkan keuntungan besar. Namun tindakan menarik balik saman fitnah ke atas Tian Chua dan Mustafa Ali, dilihat agak keterlaluan dan tidak munasabah.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Hafarizan, hakikatnya, Tian Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan menghentikan tabiat mereka mengaitkan UMNO dengan apa-apa sahaja keburukan dan masalah di negara ini. Walaupun yang mencipta masalah itu datangnya daripada Pakatan Rakyat sendiri, sepertimana yang berlaku di Selangor, yang dipersalahkan kemudiannya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Masakan Hafarizan tidak tahu langsung tentang perkara tersebut atau dia sebenarnya berpura-pura pekak badak dan memilih untuk kerja senang?

Tidak sampai dua puluh empat jam selepas Hafarizan mengeluarkan kenyataan kononnya saman fitnah itu ditarik balik kerana Tian chua memohon maaf dan akan meminta Keadilan Daily menarik balik artikel yang melaporkan tentang kata-katanya, Ahli Parlimen Batu itu dengan tegas menyatakan, persetujuan tersebut tidak mengandungi perkataan MAAF. Malah dia tidak meminta maaf kepada sesiapa pun.

Secara tidak langsung, Hafarizan sudah berbohong dan kebanyakan orang lebih mempercayai Tian Chua berbanding Hafarizan atau mana-mana yang ada cop UMNO sekalipun telah terbukti, Tian Chua adalah pembohong tegar yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mempertahankan pembohongannya termasuklah menyaman dan bersungguh-sungguh dalam proses saman yang diambilnya. 

Kerosakan terhadap UMNO diburukkan lagi dengan gelagat peguam-peguam yang berasakan mereka bijak tetapi hakikatnya mereka tidak membantu UMNO memulihkan sokongan terhadap parti itu pun. Mereka ini gagal melihat trend serta kehendak masakini daripada masyarakat pengundi-pengundi muda yang lebih senang berfikir cara singkat dan mahu melihat bukti nyata berbanding terpaksa memerah otak memikirkan maksud sebenar metafora daripada tindakan golongan seperti Hafarizan.

Anehnya, untuk kalangan sendiri, tindakan bukan main pantas dan bukan main detail. Tidak sahaja sangat berani, bahkan sehingga membuatkan UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana pertelingkahan sesama sendiri. Tetapi apabila berhadapan dengan musuh, UMNO biasanya sangat kecut, sangat penakut dan tidak mempunyai daya juang yang kental.

Lebih malang lagi, mereka yang diberikan kepercayaan memimpin parti pula, bersikap seperti enau melepaskan pucuk... cukup untuk memikirkan tembolok sendiri, apa yang nak berlaku kepada parti, itu bukan soal mereka!

Jumaat, 17 Januari 2014

Pemuda UMNO Beri Amaran!

    12:05:00 PG   4 comments

Wak J: Amaran lagi!...Bilanya nak bertindak, nak tunjuk Pemuda UMNO ni memang bertelur? Ingatkan habis zaman Krismudin  dah tak ada lagi perkataan AMARAN ni..rupanya kekal jadi warisan generasi ke genrasi.

Selasa, 14 Januari 2014

Woii Lembik!..Pembangkang Peduli Apa Kalau UMNO Amal Demokrasi Sebenar

    8:48:00 PTG   No comments
umno-dalang-lahad-datu

Wak J: Bila dah tahu UMNO lembik macam ni ..esok lusa Pembangkang terus buat fitnah lagi...apa ada hal...ingat pemimpin Pembangkang peduli sangat ke pasal keterbukaan UMNO ni..selagi UMNO tak dapat ditumbangkan jangan harap lah...

Langkah Tarik Balik Saman Bukti Umno Pengamal Demokrasi Sebenar 

MUAR - Langkah Umno menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali membuktikan parti terbesar orang Melayu itu sebagai pengamal demokrasi sebenar.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemimpin berkenaan sepatutnya malu dengan sikap keterbukaan Umno yang bersedia memaafkan mereka walaupun tohmahan dan pembohongan yang dilemparkan ke atas Umno amat berat.

Razali yang juga Aahli Parlimen Muar menyifatkan walaupun perkara itu sudah selesai dari segi perundangan, namun Tian Chua sepatutnya meminta maaf kepada keluarga mangsa insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana mereka menerima kesan daripada tohmahan itu.

"Kesalahan, penipuan dan keceluparan yang dilakukan Tian Chua masih belum selesai terutamanya bagi mangsa dan keluarga dalam insiden di Lahad Datu. Dia (Tian Chua) hanya minta maaf kepada Umno sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas penarikan balik saman Umno terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu, selepas sambutan Maulidul Rasul peringkat daerah Muar, di sini, hari ini.

Katanya Mustafa pula perlu mengambil iktibar daripada perkara terbabit terutamanya sebagai pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Semalam, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 51, menarik balik kenyataan fitnahnya yang mengaitkan Umno dengan kejadian pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu, Sabah, pada Februari tahun lepas.

Mustafa melalui peguamnya dan akhbar rasmi Pas, HarakahDaily pula turut menyatakan persetujuan menarik balik kenyataan fitnah terhadap Umno kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip dirinya. - Bernama

Ahad, 22 September 2013

Selamat Bertanding Dato Sri Hishammudin Hussein.. Wak Caya Lu!

    11:41:00 PTG   4 comments
kerismudin-2.jpg

Sekarang ni masing-masing tangah galak dan sibuk pasal Pemilihan Agong Umno (PAU). Pada calon yang bertanding pula sekarang ni tengah sibuk berkempen mempromosi diri sendiri supaya dipilih.

Dikhabarkan seramai 148 ribu pemilih bakal menentukan siapa yang layak jadi pemimpin UMNO kelak. Di peringkat tertinggi pula, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah selamat kerana menang tanpa bertanding. Bagaimana pula nasib yang lain-lain seperti Hishammudin Hussein terutamanya.

Dikhabarkan juga nasib Hishammudin kini bagai telur di hujung tanduk. Ramai ahli UMNO yang menyampah dengan sikapnya yang terlalu lembut, kurang tegas dan mudah tunduk kepada desakkan pihak lain.

Agak seram juga pemilihan kali ni, kerana nasib calon yang bertanding sukar diramal.  Apa yang wak boleh kata, selamat bertanding dan semoga berjaya dipilih. Jangan main duit, jangan tikam belakang kerana tu budaya Anwar Ibrahim.

Baca sini juga pasal Hishammudin Hussein yang dikhabar tak cukup 'jantan' dan  Melayu jiwanya. Bila setiap kali cium Keris mesti kena minta maaf sebab nak jaga hati puak Cinabeng yang mudah terasa dan terancam.

kerismudin-1

kerismudin-3

Khamis, 15 Ogos 2013

Anwar Masih Lagi Rindu Dengan Bau Lubang Jubur Umno?

    10:12:00 PTG   1 comment
anwar-jubur-umno

Beberapa pihak akhir-akhir ini heboh memperkatakan tentang kemungkinan Anwar kembali ke dalam UMNO.   Berbagai teori dikemukakan, antaranya perjanjian sulit antara Anwar dengan Dato’ Seri Najib yang memberi syarat dan ruang tertentu bagi membolehkan Anwar selamat.  Kemudiannya, heboh pula berita bahawa Pak Lah merupakan ‘tali perhubungan’ utama yang bakal menarik Anwar kembali.

Desas-desus ini dikuatkan lagi dengan munculnya buku ‘The Awakening’ yang menjadikan Pak Lah sebagai subjek dan juga laporan Asia Sentinel mengenai pengakuan Anwar bahawa beliau telah berbuhung dengan Dato’ Seri Najib sebelum pilihanraya-13 untuk berbincang soal ‘perjanjian’.

Menurut teori yang dikemukakan, Dato’ Seri Najib kini berada dalam keadaan lemah dan takut lantaran kemenangan PRU-13 yang tipis.   Justeru, Dato’ Seri Najib memerlukan sokongan dari kumpulan Pak Lah dan juga Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan beliau di dalam UMNO.   Kononnya, kritikan dari kumpulan pro-Tun Mahathir dilihat sebagai pemangkin kepada kejatuhan Dato’ Seri Najib.

Teori ini tidak lain tidak bukan pastinya diilhamkan oleh mereka-mereka yang tidak berpijak di bumi nyata. 

Hakikatnya, Pak Lah dan Anwar adalah dua pihak yang kalah dan ditolak oleh rakyat Malaysia.  Oleh itu, ‘apa ke jadahnya’ bagi Dato’ Seri Najib untuk melukut meraih sokongan dari pihak yang ditolak oleh rakyat?  Bukankah tindakan itu hanya mengundang penolakan terhadap dirinya juga?  

Perlu diingatkan bahawa perjuangan bukan hanya setakat Perhimpunan Agong UMNO sahaja, tetapi perjuangan sebenar ialah PRU-14.

Dalam politik, yang mengkritik tidak semestinya menentang dan yang menyokong kadangkala membawa rebah dan kita pasti Dato’ Seri Najib cukup maklum akan prinsip ini.  

Dalam politik Malaysia pula, sudah jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah musuh Dato’ Seri Najib, musuh UMNO dan musuh negara - bukan Tun Mahathir, biar betapa pedas pun kritikan beliau.  Malah, hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO mungkin gagal meningkatkan jumlah kerusi dalam PRU-13 jika Tun Mahathir tidak bertungkus lumus menjelajah ke serata ceruk negara, berkempen untuk BN. 

Dan semua rakyat Malaysia sedia maklum mengenai situasi ini melainkan mereka-mereka yang punya agenda tersendiri yang enggan mengakuinya.

Sedangkan Anwar sanggup memfitnah Dato’ Seri Najib membunuh dan tidak peduli sekiranya orang yang tidak bersalah dihukum.   Anwar sanggup memburukkan imej Datin Seri Rosmah seburuk-buruknya.  Anwar telah merosakkan UMNO dengan politik wang dan Anwar jugalah yang memburukkan imej negara di serata dunia.

Oleh itu, sekali lagi diulang bahawa Anwar adalah musuh dan tidak ada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk bekerjasama dengan musuh apatah lagi dalam keadaan di mana kedudukan Dato’ Seri Najib adalah jauh lebih kukuh dari kedudukan Anwar sendiri.

Tidak kira apa jua keputusan post-mortem yang dibentangkan, hakikatnya, BN menang dalam PRU-13 semata-mata kerana rakyat, khususnya orang Melayu, menolak PR/Anwar sebagai pemerintah.  Walhal, orang Melayu pada ketika itu, masih ragu-ragu dengan UMNO kerana kewujudan kumpulan pro-Pak Lah di dalamnya.

Namun, orang Melayu masih memberi sokongan kepada UMNO atas faktor keyakinan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib.

Maka, dengan kekuatan yang ada pada dirinya, untuk apa Dato’ Seri Najib perlu menumpang kelemahan Pak Lah dan Anwar Ibrahim?  

Bukankah lebih logik jika Dato’ Seri Najib bekerjasama dengan kumpulan yang terbukti lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat seperti kumpulan pro-Tun Mahathir?

Justeru, teori Anwar akan kembali kepada UMNO ini membuktikan bahawa Anwar sebenarnya sudah tidak lagi menaruh harapan tinggi terhadap partinya sendiri.  Anwar tahu bahawa hanya UMNO yang mampu memberi kuasa kepadanya.

Dalam kata lain, hanya ‘orang-orang Melayu’ yang mampu menentukan Perdana Menteri Malaysia dan kerana itu, Anwar sedaya upaya ingin kembali kepada UMNO.

Malang bagi Anwar kerana orang-orang Melayu sudah serik dengan Anwar mahupun Pak Lah serta kuncu-kuncu mereka.  Dan bagi mana-mana pemimpin UMNO untuk mengharapkan kerjasama dengan dua personaliti ini untuk terus berkuasa, pastinya merupakan satu perhitungan yang salah. 

Sabtu, 6 April 2013

PRU13: Selepas Ghani..Siapa Lagi Agaknya Layak Jadi MB Johor?

    1:02:00 PG   4 comments
ghani-osman-pru13

Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh berita di bawah, Datuk Ghani Osman akan bertanding kerusi parlimen, wak selaku anak jati Johor memang sokong sangatlah hasratnya itu. Lagipun Datuk Ghani Osman sudah lama duduk dikerusi empuk sebagai MB. Sudah masanya diganti orang lain pula tapi bukan dari Pakatan Pembangkang lah.

Sekiranya benar ura-ura yang mengatakan bekas MB Johor ini akan berentap dangan Lim Kit Siang di kerusi parlimen Gelang Patah pada pilihanraya kali ini, sokongan yang tidak berbelah bahagi perlu diberi kepadanya.

Kalau lah BN berjaya mempertahankan kubu kuatnya di Johor sekali lagi, siapa agaknya calon-calon dari parti keramat orang Melayu ini yang anda semua rasa layak untuk menyandang jawatan MB?

Wak J

KUALA LUMPUR: Hakikat bahawa cakap-cakap kini semakin jelas yang Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman akan bertanding kerusi parlimen dan dalam kes ini di Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), dengan sendirinya memberi indikasi yang negeri itu akhirnya akan menerima seorang menteri besar baru.

Lagi pun spekulasi ini tidak dapat dielakkan lagi kerana Ghani telah menerajui Johor selama empat penggal iaitu sejak Mei 1995.

Jika beliau masih lagi bertanding di dewan undangan negeri, bermakna beliau akan terus memimpin Johor untuk penggal kelima berturut-turut. Dan ini tidak mungkin akan berlaku.

Pengantinya pula, mestilah orang kelahiran Muar - sebagaimana mengikut tradisi sejak turu temurun di negeri itu.

Johor mempunyai satu tradisi tidak bertulis, menteri besar mestilah datang dari kalangan anak kelahiran Muar.

Sejak 1886, iaitu era Johor moden, negeri itu telah memiliki 14 orang menteri besar.

Dalam hal ini, calon yang menjadi tumpuan ramai sebagai calon menteri besar Johor akan datang ialah seorang lagi anak kelahiran Muar yang juga Menteri Pengajian Tinggi, iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, 54.

Apatah lagi umum mengetahui yang Khaled dan Tuanku Sultan Ibrahim, Sultan Johor Darul Takzim telah mengenali satu sama lain sejak sekian lama. Mereka adalah rakan persekolahan di English College, Johor Baharu.

Khaled sendiri apabila ditanya mengenai spekulasi tentang beliau akan kembali sebagai menteri besar Johor bukan sahaja sekadar memberikan senyuman sinisnya yang terkenal itu malah berkata yang dirinya telah menjadi subjek kepada spekulasi itu sejak tiga penggal yang lalu.

Ini pun satu fakta yang benar lebih-lebih lagi beliau sepatutnya kembali ke Johor pada pilihan raya yang lalu tetapi ia tidak menjadi kenyataan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun, mStar Online difahamkan yang Khaled telah pun menerima panggilan daripada Setiausaha Agung Umno dan BN, Tengku Adnan Tengku Mansor pada petang Khamis (4 Apr) berhubung keputusan pucuk pimpinan pusat yang mahukannya bertanding di kerusi dewan undangan negeri kali ini.

Beliau khabarnya diminta supaya menyelesaikan bagaimana hendak menukar kerusi dengan MIC yang sejak terbentuknya Parlimen Pasir Gudang (di mana Khaled adalah wakil rakyatnya) bertanding di Dewan Undangan Negeri Permas.

Permas secara semulajadinya adalah kerusi yang sesuai untuk Khaled. Di samping ia terletak dalam Parlimen Pasir Gudang, DUN ini juga mempunyai 54.25% pengundi Melayu berbanding DUN Johor Jaya yang diwakili oleh MCA.

Namun Khaled sentiasa mempunyai pilihan kerana satu lagi kerusi DUN yang selamat untuknya ialah Tanjung Puteri dalam Parlimen Johor Baharu yang mempunyai 62% pengundi Melayu.

DUN Tanjung Puteri juga sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing buat Khaled kerana beliau pernah mewakili Parlimen Johor Baharu selama dua penggal dan pernah menjadi ketua pemuda dan ketua Umno Bahagian sebelum berpindah ke Pasir Gudang apabila persempadanan semula kawasan dilakukan.

Bagaimana pun nama Khaled bukannya satu-satunya nama yang disebut sebagai calon menteri besar.
Dua lagi nama yang menjadi pilihan ialah ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Umno Tajung Piai yang juga ADUN Kukup, Datuk Md Othman Yusof iaitu pemilik majalah kartun Ujang.

Khabarnya kedua-dua mereka juga berada dalam senarai pemimpin yang diterima dan diperkenan oleh Sultan.

Rabu, 28 November 2012

Why Does Hamas Appreciate UMNO, Not PAS?

    3:00:00 PG   No comments

The role for Malaysia as a peace agent has been acknowledged by the world. Malaysia is highly acclaimed for its commitment and consistency in fighting for world peace.

When we talk about Malaysia, then it would automatically brings us to the leadership and the Barisan Nasional government which acts as representative for Malaysians. Thus, in a way, it is not wrong for us to say that the appreciation also goes to Barisan Nasional.

Rabu, 30 Mei 2012

Amy Search Masuk UMNO, PAS Kekal Sebagai Port Untuk Orang Yang Kecewa Dalam Hidup

    10:00:00 PG   No comments

Tersebarnya berita tentang penyertaan beberapa orang lagenda rock tanah air ke dalam UMNO, telah membuatkan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang terutama sekali pengikut PAS terkejut babi dan kecewa bila mendengar berita tersebut.

Berbakul-bakul cacian serta kata-kata kesat dilemparkan penyokong Pakatan Pembangkang setelah mendapat tahu idola kesayangan mereka sanggup berpaling tadah dengan menyertai UMNO.

Antara ramai-ramai artis yang menyertai UMNO, Amy Search di antara artis yang paling banyak menerima kutukan serta tohmahan dari penyokong Pakatan Pembangkang. Tak cukup isu pribadi diungkit, hal keluarga turut diheret sama.

Selain dari sangkaan baik dari orang yang boleh menerima ketentuan Tuhan di atas apa yang berlaku, sangkaan buruk serta fitnah jahat yang sudah sebati dengan jiwa penyokong Pakatan turut mengiringi sama masuknya beberapa lagenda rock ini ke dalam UMNO.

Ada dari kalangan mereka mendakwa, penyertaan artis-artis ini ke dalam UMNO disebabkan niat-niat tertentu seperti ingin mendapatkan gelaran atau kelebihan lain.

Tentu ramai daripada kita tidak menyangka macam mana boleh terbuka hati Amy Search untuk menyertai UMNO. Sebelum ini, ramai yang menyangka Amy akan menyertai PAS setelah melihat kelibat penyayi rock itu begitu mesra dengan Tok Guru, sehinggakan sanggup menjemput Tok Guru merasmikan restoran miliknya.


Kegembiraan penyokong PAS sejak beberapa tahun lepas setelah melihat Tok Guru seakan-akan berjaya menjinakkan beberapa orang artis terkenal termasuk Amy Search untuk menyertai PAS bagai disentap kerana apa yang diharapkan hari ini tidak menjadi kenyataan.

Seperti biasa, apabila berlaku perkara yang tidak menyebelahi Pakatan, mula timbul perangai tidak matang penyokongnya. Jika dulu semua lagu yang dinyanyikan Amy menjadi siulan, lauk pauk di restoranya sedap-sedap belaka, kini setalah Amy menyertai UMNO, setiap perakara yang melibatkan penyanyi tersebut akan diboikot  habisan-habisan.

Apa yang jelas hari ini, dengan penyertaan golongan artis ke dalam UMNO, telah membuktikan bahawa parti keramat orang Melayu ini bukan sahaja diterima oleh semua, malah turut mengekalkan PAS dan Pakatan sebagai sebuah parti politik yang hanya disertai oleh golongan atau insan-insan yang kecewa dalam perjuangan atau kehendaknya tidak dilayan.

Rabu, 23 Mei 2012

Zahid Hamidi Tolong Jangan Ketawa, Sila Pecat Mamat ni Segera!

    12:29:00 PG   No comments
What A Joke Dude!

Memang kelakar habis video klip ni. Nasib baik wak bukan ahli UMNO, kalau tidak mesti malu gila nak berdepan dengan penyokong Pakatan Pembangkang setelah perangai jelik segelintir ahli UMNO seperti si Zamhuri ditanyangkan di YouTube untuk tontonan umum.

Tak kira masuk UMNO ka, masuk PAS ka, PKR ka atau masuk DAP, segelintirnya yang nak jadi ahli mesti ada agenda tersembunyi termasuklah untuk mendapatkan projek. Biar pun tak menjadi kesalahan, tapi tak perlu terlalu ketara sampai macam ni sekali.

Kerana terlalu marah dan geram tak dapat projek sanggup menyalak masuk DAP. Orang jenis ini, esok lusa kalau terkecewa lagi, mesti sanggup gadai anak bini dan tak mustahil perkara macam ni boleh terjadi.



Walau tidak semua ahli UMNO berpe'el sebegini tapi dengan tingkah laku yang ditunjukan oleh ahli UMNO seperti si Zamhuri inilah membuatkan wak berfikir banyak kali untuk meyertai mana-mana parti politik.

Masuk UMNO atau menyertai mana-mana parti politik semata-mata untuk memenuhkan tembolok sendiri. Selain dari itu, ada juga yang menyertai politik semata-mata nak mensucikan dosa diri sendiri. Minta dijauhilah kita dari  jadi manusia sebegini.

Kalau tak silap wak, bekas orang kuat Anwar, Zahid Hamidi jadi pengurusi BN di Perak. Dalam TV hari tu dia ada cakap nak pecat ahli UMNO yang sabotaj parti. Memang dah kena masanya, sila pecat segera si Zamhuri ni, biar jadi peringatan kepada ahli-ahli parti.

Isnin, 21 Mei 2012

Berani Sungguh Bekas Timbalan Presiden PAS Langkah Serban Tok Guru

    12:31:00 PG   No comments

Kemunculan beberapa 'orang besar UMNO' di majlis kenduri kahwin anak kepada bekas Tim Presiden PAS baru-baru ini, telah mengundang 1001 cerita. Ada yang menarik, ada juga yang tak syok kita dengari.

Walaupun hanya menghadiri majlis kenduri khawin, namun kehadiran 'orang besar UMNO' ke majlis tersebut sudah cukup membuatkan darah hijau pekat penyokong dan pemimpin PAS menjadi panas dan mengelegak. Tak lama lagi meletuplah tu.

Pasti ada dari kalangan pemimpin PAS yang berstatus 'parasit' cukup berbulu serta sakit hati melihat 'pemandangan indah' ini kerana dalam hati mereka telah terpaku mati perasaan benci terhadap orang UMNO dan juga pemimpinya.

PAS sebagai sebuah parti politik yang sentiasa takut dengan bayang-banyang sendiri, pasti akan melihat perkembangan ini sebagai sesuatu perkara yang tidak sihat sekaligus boleh mengancam dan menggugat kedudukan PAS.


"Ini tak boleh jadi, Nasha perlu dinyah keluar dari PAS dengan kadar segera". Biarpun ia cuma sekadar tekaan, tapi tak mustahil apa yang disebut tadi memang terdetik dalam setiap hati parasit-parasit PAS yang sangat bencikan perkara yang berunsurkan perpaduan di antara pihak yang berseteru dalam politik, terutama antara orang Islam PAS dan UMNO.

Tak sempat lagi duit salam keruk dikira, sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari kem parti Islam PAS. Mereka menyifatkan perbuatan bekas Timbalan Presiden PAS, memuliakan tetamu dan bermesra-mesra dengan pemimpin UMNO, sebagai tindakan yang tak senonoh kerana mendahului Tok Guru dalam agenda 'muzakarah'  antara UMNO dan PAS.

Sabtu, 12 Mei 2012

Kami Sudah Bersedia & Tidak Gentar Menghadapi PRU13'

    3:00:00 PTG   No comments
Dari Perlis hingga ke Sabah, semuanya berkumpul di Stadium Bukit Jalil malam tadi dengan satu hasrat, satu matlamat iaitu untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional dan mengangkat martabat perjuangan UMNO ke tahap yang lebih tinggi.

Gegak gempita suara serta sorakan hampir 120 ribu ahli UMNO yang hadir, memberi isyarat jelas kepada Pakatan Pembangkang bahawa seluruh ahli UMNO di setiap pelusuk negara telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Semangat 'Gelombang Merah' yang dizahirkan oleh seluruh ahli UMNO semalam, sudah cukup membuatkan Pakatan Pembangkang merasa cuak apabila melihat sokongan orang Melayu kini bersatu di bawah satu panji perjuangan.

Angin perubahan yang dibawa bersama gelombang Merah ini sudah cukup kuat untuk meranapkan impian Pakatan Pembangkang menawan Putrajaya. Ayuh! Bangkitlah wahai orang Melayu, rakyat Malaysia menentang angkatan Dajjal Pakatan Pembangkang yang dikepalai Anwar Ibrahim

Lagi foto menarik di bawah ini.







Jumaat, 23 Mac 2012

Shahrizat Kekal Ketua Wanita Umno..Kamilia Bakal Pengganti Mak Lampir PKR

    11:20:00 PTG   No comments
Wak J: Ketua Pemuda Umno Bahagian Cheras, Syed Ali dan Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim  sepatutnya merasa malu di atas segala desakan yang dibuat oleh mereka sebelum ini kerana mendesak Shahrizat Jalil berundur dari jawatan dalam parti.

Melihat sokongan yang dizahirkan oleh Presiden Umno sendiri bersama ribuan perwakilan wanita yang lain yang hadir telah membuktikan bahawa Shahrizat Jalil masih lagi releven untuk menerajui kempimpinan Wanita Umno untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13.

Diharap selepas ini tiada lagi kedengaran suara salakan sumbang dari mana-mana pemimpin Umno mendesak agar Shahrizat Jalil meletakkan jawatanya selaku Ketua Wanita Umno disaat semua ahli dan kepimpinan Umno BN bersiapsedia bertempur dengan Pakatan Pembabgkang di medan pilihanraya.
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, kata Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.

"Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu Perbadanan Fidlot Nasional) melibatkan keluarganya.

"Namun atas dasar dan prinsip kita (Umno) kerana tidak ada kesalahan yang terbukti, maka tiada sebab jawatan (Ketua Wanita) harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Antara yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib berkata, jawatan Shahrizat sebagai ketua sayap itu adalah berdasarkan pemilihan sendiri oleh para anggotanya.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Bagaimanapun, Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Dalam pada itu, Najib berkata, harapan beliau supaya pergerakan Wanita Umno akan bekerja kuat untuk pilihan raya umum akan datang.

“Pergerakan Wanita (Umno) telah sebulat suara, seia sekata melahirkan kesanggupan dan komitmen tinggi untuk bekerja dengan sepenuh hati dan bersunguh-sunguh bagi mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional (BN).

“Saya dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Datuk Seri Shahrizat dan Datuk Kamilia. Dan kedua-dua pemimpin Wanita ini akan bekerjasama sepenuhnya selepas ini, turun padang sebagai satu pasukan bersama anggota-angota yang lain.

“Ini supaya Wanita merupakan satu pasukan yang jitu dan kukuh, dapat menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas pergerakan Wanita.

“Saya akan memastikan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan sepenuhnya kerana ia penting, memandangkan sayap ini amat berfungsi dengan baik menerusi komitmen yang penuh,” kata Najib.

Ahad, 5 Februari 2012

Lawan Tetap Lawan Biar Sampai Terduduk!

    4:00:00 PTG   No comments


Wak J: Antara ciri-ciri yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang pemimpin salah satunya ialah memiliki sifat berani. Berani berhadapan dengan apa jua cabaran yang datang dan tidak bersembunyi lari ke kedutaan Turki seperti yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim, walau ungkapan lawan tetap lawan  sering menjadi siulan para pentaksubnya.

Setelah bercuti  panjang  selama tinga minggu, kini sudah tiba masanya Sharizat Jalil bangkit menyanggah segala tohmahan yang dilepar  oleh segelintir 'parasit' di dalam Umno dan juga segala fitnah jahat yang ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang.

Shahrizat Jalil tidak perlu memperduli setiap cakap-cakap dua tiga kerat orang Umno yang begitu vokal sekarang ini mendesak agar meletakkan jawatan kerana mereka ini tentunya mempunyai agenda pribadi yang tesendiri.

Jika yakin di pihak yang benar teruskan sahaja segala usaha yang telah dibuat untuk membantu rakayat sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tanggujawab ini yang perlu diutamakan dari melayan isu remeh temeh yang dibangkit oleh si pendengki dalam Umno dan dajal Pakatan Haram.

Ini adalah sebahagian dari asam garam dalam berpolitik. Tiada lagi istilah politik suci dan berbau wangi. Tidak layak seseorang itu diangkat sebagai pemimpin selagi dirinya tidak pernah diuji.

BERUAS, 4 Feb. -  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini. Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, Jumaat.

Sabtu, 24 Disember 2011

Khir Toyo Didapati Bersalah, Tapi Anwar Pula Yang Terlebih Panik

    10:00:00 PG   No comments
"Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah"

Nampaknya berita dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang mendapati Dr Khir Toyo bersalah atas pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya, tidak memberikan kesan yang mendalam kepada pihak-pihak tertentu yang selama ini ingin sangat melihat bekas Dr Gigi meringkuk dalam penjara dan karier politiknya berkubur terus.

Tiada sorakan kegembiraan kedengaran setalah keputusan bersalah diumumkan, terutama sekali dari mereka yang begitu anti dengan manusia yang pernah satu masa dulu menjadi Menteri Besar Selangor. Adakah konspirasi untuk menjatuhkan Dr Khir melalui isu rumah agam yang dibelinya ini masih lagi belom mencapai tahap klimaks yang diharapkan?.

Memang agak terkejut juga bila keputusan 'bersalah' ini dijatuhkan kerana sebelum ini, sepanjang wak mengikuti sesi perbicaraan kes berlangsung samada di blog dan juga portal berita, segala hujah dan fakta berserta bukti yang diberikan oleh pihak peguambela Dr Khir amat konsisten dan menyakinkan sekali.


Tapi apa boleh buat, akhirnya Dr Khir kantoi juga. Diharap penyokong Dr Khir dapat menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah untuk pusingan pertama hari ini dengan hati yang terbuka dan redha. Masih ada peluang lagi untuk Dr Khir membela dirinya. Mungkin ini lah punca kenapa ada pihak yang tak begitu gembira walau keputusan 'bersalah' sudah diumumkan.

Bila ditanya kepada penyokong pembangkang tentang perasaan mereka berikutan keputusan bersalah yg dikenakan pada Dr Khir Toyo ini, tiada jawapan yang menunjukkan tanda gembira yang amat sangat dalam hati mereka. Sepatutnya dengan keputusan bersalah ini membuatkan penyokong Pakatan Pembangkang berasa sangat gembira sambil membuat doa kesyukuran kerana yang didapati bersalah itu adalah pemimpin Umno dan kesalahan yang dituduh itu adalah kesalahan 'rasuah', tapi respon yang diharap dari mereka ini sebaliknya.

Mungkin dalam hati penyokong Pakatan Pembangkang sekarang ini sedang dilanda kegusaran yang sangat besar dan debaran yang mencuakkan kerana tarikh bersejarah yang bakal menentukan hidup mati perjuangan politik Anwar yang sangat menjadi idola kepada penyokongnya itu semakin menghampiri iaitu pada 9hb Januari 2012.

Jadi tumpuan yang lebih harus diberikan untuk memikir bagaimana dan cara untuk menyelamatkan 'kotei bengkok' milik Anwar yang sangat nakal dan tidak boleh melihat apa jua jenis lubang itu dari disabitkan dengan kesalahan meliwat seoarang pembancuh kopi, bernama Saipul Bukhari Azalan.

Kisah 'bersalah' Dr Khir terpaksa di ke tepikan dahulu dari diraikan bersama kerana jika keputusan hakim 9hb Jan tahun depan mendapati Anwar 'tidak bersalah', pasti ia akan memberikan kemenagan moral yang berganda kepada meraka, dan tentunya akan diraikan secara besar-besaran sebagai tanda BN akan kalah pada PRU13 akan datang.


Jelas terpancar dalam hati penyokong Pakatan Pembangkang perasaan bimbang, sekiranya mereka meraikan lebih awal kemenangan ini, dikhuatiri jika keputusan pada 9hb Jan nanti tidak menyebelahi Anwar, ia pasti akan memberikan satu tamparan hebat kerana anggapan mereka selama ini terhadapap sistem keadilan yang diamalkan di negara ini yang korup imejnya sudah kembali pulih. Sebab itu sekarang ini mereka cuba mereka-reka cerita untuk menggambarkan bahawa hukuman bersalah yang dikenakan terhadap Dr Khir ini adalah satu sadiwara atau konspirasi Umno untuk memerangkap Anwar dengan menjadikan Dr Khir sebagai 'Kambing Hitam'.

Isnin, 12 Disember 2011

Shahrizat Undur Diri Setelah Parlimen Bubar?

    11:00:00 PG   No comments
Masih ada lagi kedengaran suara-suara yang teruja sangat ingin melihat ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berundur dari jawatan dalam parti dan kabinet. Memang sia-sia sahaja bila jawapan yang diberi bagi menjawab segala tohmahan pembangkang dalam isu NFC selama ini sejak ia dibangkitkan, sama ada di laman sosial dan juga blog. Akhirnya ini balasan yang diterima dari pemimpin atas.

Wak ingatkan perkara ini sudah senyap buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada penyusunan strategi dan jentera pilihanraya agar dikemaskini hingga ke saat akhir sebelum PRU13 membuka gelanggang tempur. Tapi tidak, masih ada juga yang teringin atau gatal mulut nak menyuarakan pendapat peribadi setelah persiapan rapi diatur. Dah terlambat, kerana ini bukan masanya untuk menyalahkan sesama sendiri.

Letih dan naik jenuh juga bila tengok perangai orang Melayu yang berada dalam parti politik yang dianggap sangat bermaruah oleh ahlinya, tapi sayang tiada semangat setia kawan yang mantap untuk mempertahan segala tohmahan yang dibangkitkan oleh pihak lawanya iaitu dari Pakatan Pembangkang.

'Game Plan' yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang dilihat sudah berjaya dan meresapi ke dalam diri ahli Umno, kerana isu desakan awal agar Sharizat melaktak jawatan dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang dan akhirnya suara-suara mereka ini menjadi nyayian di dalam Umno itu sendiri.

Wak sarankan kepada Shahrizat Jalil sekiranya tidak boleh tahan dengan segala desakan yang bebankan di atas bahu kamu itu, lepaskan sahaja jawatan yang disandang, dengar lah kata-kata mereka yang lebih berpengalaman dan sangat cerdik ini.

Cuma wak nak pesan di sini jika ingin mengudur diri, buat lah pada masa yang sesuai iaitu setelah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri. Sudah pasti pada waktu itu rakyat akan melihat bertapa kucar kacirnya parti keramat orang Melayu, apabila seorang ketua Wanita yang selama ini menjadi Jeneral perang kepada seluruh angkatan wanitanya, berehat di ladang sambil memberi makan pada lembu-lebu ternakan di kandang.

Memang benar lah kata pepatah Belanda, bahawa amat mudah untuk menjaga 8000 ekor lembu dari menjaga segolongan manusia yang terdiri dari pelbagai macam ragam dan karenah. Cuba lah anda semua bayangkan disaat pergerakan wanita Umno sedang kuat, tiba-tiba ketuanya berhenti meletakan jawatan dari melaksanakan tugas. Apa yang akan terjadi pada masa itu?

Maaf cakap lah wak bukan nak menyebelahi sesiapa pun, tapi terasa geram pula bila melihat orang Melayu susah sangat hendak bersatu dan lebih suka menembak kaki rakan sendiri apabila berada di medan perang. Desakan untuk meletak jawatan disaat akhir bagi seorang yang bergelar ketua sebelum turun ke medan tempur adalah satu tidakan yang kurang bijak dan boleh menyebabkan moral serta semangat bala tentera yang selama ini gigih berlatih unutk menghadapi pihak lawan akan terus jatuh merudum sehingga menyebabkan satu pasukan mati bergelimpangan bila peperangan sebenar berlaku nanti. Fikir-fikirkan lah kalau betul-betul nak menang pilihanraya akan datang.

Selasa, 6 Disember 2011

Suara 'Pembangkang' Dalam Umno Dah Mula Berbunyi

    12:00:00 PTG   No comments
Perhimpunan agung Umno baru sahaja berkahir, kini sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari dalam Umno sendiri mendesak agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jallil melepaskan segala jawatan yang disandang hari ini ekoran dari isu NFC milik suaminya.

Desakan yang dibuat itu kononya demi untuk mempertahankan kesinambungan perjuangan Umno pada masa akan datang. Mereka bimbang dengan isu NFC ini akan menjejaskan kemenangan besar Umno pada pilihanraya akan datang.

Sepatutnya disaat akhir sebelum menjelang PRU13, seluruh pemimpin Umno harus menunjukan kesatuan yang jitu di kalangan ahli parti bila berhadapan Pakatan Pembangkang, bukanya sibuk bercerita tentang hal dalam bilik tidur pada masa ini.

Sebelum ini juga desakan agar Shahrizat Jalil berudur dari semua jawatanya dalam kabinet dan parti telah disuarakan oleh Bung Mokhtar MP Kinabatangan, kini seorang lagi pemimpin Umno yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee turut menyuarakan desakan yang sama.

Adakah pemimpin Umno yang membuat gesaan itu bernar-benar pasti sekiranya Shahrizat Jalil melepaskan jawatanya, ia akan membuatkan Umno semakin kuat dan akan menang besar pada PRU13 akan datang?

Desakan yang dibuat ini adalah sesuatu yang amat dangkal di mana Wanita Umno bersama ketuanya sekarang ini sedang sibuk bersiap sedia menyusun gerak saraf untuk menguatkan jentera pilihanraya bagi mejamin kemenagan BN pada PRU13 akan datang, tiba-tiba ada pula suara sumbang mendesak supaya mengundur diri.


Tidak terfikir ke akan kesan dari kenyataan terbuka yang dibuat ini, akan melunturkan semangat wanita Umno yang selama ini begitu berkobar-kobar, bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan calon Umno dan BN bila setiap kali berlakunya pilihanraya.

Jika ada banyak lagi desakan yang keluar dari mulut pemimpin Umno selepas ini menyuruh orang itu dan orang ini meletak jawatan, sudah pasti ia akan merumitkan lagi keadaan. Sudah tentunya kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin Umno ini akan dimanipulasi sehabisnya oleh media Pembangkang sekaligus memberikan mereka peluru tambahan untuk menyerang Umno-BN sampai lunyai.

Kalau benar niat pemimpin Umno ini suci dan ikhlas ingin Shahrizat Jalil meletakan jawatan demi kebaikan dan kesinambungan parti agar dapat diteruskan pada masa akan datang, adalah lebih elok kiranya desakan letak jawatan ini juga turut disarankan kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan dan disaran juga kepada Menteri Asas Tani, Dato Noh Omar agar meletakan jawatan kerana mereka ini juga turut terlibat dalam isu NFC ini.

Kalau betul-betul anak jantan dan cukup berani desak lah!. Jangan dengan orang perempuan sahaja nak tunjuk berani.

Ahad, 4 Disember 2011

'Peluru Getah' Untuk CyberTroopers Pro BN

    6:49:00 PTG   No comments
Wak sebenarnya tidak berapa peduli sangat dengan kata-kata penghargaan yang dilafaz oleh bekas orang kuat Anwar Ibrahim ini. Namun wak tetap ingin ucapkan terima kasih kerana berani melafazkan kata pengharaagn tersebut dikhalayak ramai berbanding dengan pemimpin yang lain.

Dalam entri pendek ini, wak cuma ingin berpesan, bila tiba saat para pejuang sudah bersiap sedia turun di medan tempur dengan kelengkapan 'Killing Machine' yang canggih manggih nanti, jangan pula panglima-panglima perang yang 'berjawatan' dan 'berpangkat' ini hanya melambakkan 'peluru getah' untuk para pejuangnya apabila berhadapan dengan pihak musuh.

Mampui la mcm ni..Tembak tepat tapi tak mati-mati, memang kerja yang sia-sia.



Wak J: Rahsia-rahsia Anwar Berahi semasa dalam UMNO dulu takkan tak boleh hulur-hulur sikit pada kami para blogger. Kalau segan nak cakap kuat-kuat...Buka la 'fake' akaun faceBook lagi satu...Kami bukan mahu wang tapi bahan informasi..itu je..

Khamis, 1 Disember 2011

Penjilat Pakatan Haram Meroyan 'Mak Lampir' Kesayangan Kena Balun

    3:59:00 PTG   1 comment
TOLONG jangan ketawa bila melihat gambar hantu 'Mak Lampir' yang ada di atas ini. Kerana watak hodoh yang dibawa oleh Ahli Parlimen Ampang ini amat bersesuaian dengan perangai serta tingkahlakunya yang sering ditunjukkan apabila berhadapan dengan masyarakat umum.

Sebaliknya sila dengar dan hayati saranan, amaran dan desakkan yang dilontarkan oleh ketua wanita UMNO, Shahrizat Jalil dengan hati terbuka dan berlapang dada. Ingat jangan tunjuk buah dada pula (untuk wanita sahaja).


Memamang berasap telinga, terutama sekali bagi penyokong Pakatan Haram Pembangkang bila mendengar balunan Shahrizat Jalil tepat sebiji kena pada dua ekor lembu PKR yang sebelum ini begitu sibuk berkawal 24 jam dikandang lambu NFC demi menjaga keselamatan lembu-lembu di situ supaya tidak dicuri musang.

Tentu ramai daripada kita bersetuju bahawa desakan yang dilemparkan kepada 'mak lampir' Pakatan Haram Pembangkang agar Presiden PKR, Wan Azizah merangkap isteri kepada 'anugerah tuhan' supaya melepaskan jawatanya dalam parti terlebih dahulu ekoran dari masalah moral, skandal seks antara lelaki dan perempuan yang kini sedang menghantui batang kotei bengkok milik suaminya itu.

Perhimpunan agung kali ini agak luar biasa sedikit suasanaya, selain dari kemunculan artis jelita, Lisa Suriani, ketua wanitanya yang dahulunya lemah lebut kini sudah bertukar menjadi 'brutal' bila berhadapan dengan serangan pihak lawan.

Ramai dari kalangan penyokong Pakatan Haram mencemuh setelah menonton habis video klip di atas, mungkin apa yang dilontarkan oleh Shahrizat Jalil itu membuatkan mereka ini panas tongkeng apabila idola kesayangan di sindir kerana masih lagi memegang jawatan hingga ke hari ini walau kelurga sendiri sedang diselubungi oleh masalah moral yang sangat buruk dalam sejarah kepimpinan parti politik di negara ini.

Wak J: Dengarnya ada cerita 'mak lampir junior'..betul ker?..menarik nih..hehehehe
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.