Ahad, 5 Februari 2012

Lawan Tetap Lawan Biar Sampai Terduduk!

    4:00:00 PTG   No comments



Wak J: Antara ciri-ciri yang perlu dimiliki untuk menjadi seorang pemimpin salah satunya ialah memiliki sifat berani. Berani berhadapan dengan apa jua cabaran yang datang dan tidak bersembunyi lari ke kedutaan Turki seperti yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim, walau ungkapan lawan tetap lawan  sering menjadi siulan para pentaksubnya.

Setelah bercuti  panjang  selama tinga minggu, kini sudah tiba masanya Sharizat Jalil bangkit menyanggah segala tohmahan yang dilepar  oleh segelintir 'parasit' di dalam Umno dan juga segala fitnah jahat yang ditaburkan oleh Pakatan Pembangkang.

Shahrizat Jalil tidak perlu memperduli setiap cakap-cakap dua tiga kerat orang Umno yang begitu vokal sekarang ini mendesak agar meletakkan jawatan kerana mereka ini tentunya mempunyai agenda pribadi yang tesendiri.

Jika yakin di pihak yang benar teruskan sahaja segala usaha yang telah dibuat untuk membantu rakayat sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat. Tanggujawab ini yang perlu diutamakan dari melayan isu remeh temeh yang dibangkit oleh si pendengki dalam Umno dan dajal Pakatan Haram.

Ini adalah sebahagian dari asam garam dalam berpolitik. Tiada lagi istilah politik suci dan berbau wangi. Tidak layak seseorang itu diangkat sebagai pemimpin selagi dirinya tidak pernah diuji.

BERUAS, 4 Feb. -  Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan mula bertugas minggu depan setelah bercuti selama tiga minggu menegaskan bahawa beliau bersedia dan tidak takut untuk menghadapi sebarang tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau berkata sebaliknya serangan yang dilemparkan terhadapnya itu menjadikannya lebih bersemangat untuk menghadapi pelbagai ujian.

"It's okay...kita orang politik...lagi bagi semangat kepada kita bila dapat dugaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemantapan Jentera Pilihan Raya (Jalinan Rakyat) Wanita Barisan Nasional (BN) di sini. Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Shahrizat diminta mengulas kenyataan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli dalam laman berita rasmi Parti Keadilan Rakyat, Keadilan Daily, baru-baru ini bahawa parti itu akan menyambut kepulangan Shahrizat dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarganya.

"Saya tidak layak jadi ketua jika kena uji saya menyerah bulat-bulat. Jangan ingat saya takut sangat. Saya hanya takut kepada Allah," katanya yang baru pulang daripada menunaikan umrah, Jumaat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.