Sabtu, 4 Februari 2012

Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin..Pas Tak Nak, Aku Pun Tak Ingin!

    10:53:00 PTG   No comments


Wak J: Keputusan Hasan Ali tidak merayu kembali bersama Pas di atas pemecatanya adalah satu tidakkan yang amat tepat jika dilihat situasi yang sedang berlaku sekarang ini di dalam Parti Islam itu.

Pas kini sedang dalam keadaan tenat semenjak parasit-parasit yang dihantar oleh Anwar Ibrahim telah mula memamah sedikit demi sedikit sistem imunisasi parti setelah beberapa orang tunggak utamanya mula disingkirkan satu persatu atau yang meninggalkan parti itu atas sebab-sebab tertentu.

Pas kini sudah tidak boleh diselamatkan lagi melainkan ahli-ahlinya keluar dari parti sambil melihat parti itu terus hanyut jauh ke lembah kehinaan bersama parasit-parasit belaan Anwar yang begitu kemarukkan Putrajaya.

Diharap apa yang dilakukan oleh Hasan Ali ini, akan diikut jejak langkahnya oleh pemimpin-pemimpin Pas yang lain agar meninggalkan Pas. Pas hanyalah sebuah pertubuhan politik, sekiranya parti itu hancur, tidak bermakna Pas yang baru tidak boleh diwujudkan semula bagi meneruskan kesinambungan perjuangan yang pernah dilakukan oleh pengasasnya terdahulu.


KUALA LUMPUR: Bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada Sabtu menyatakan pendirian untuk tidak lagi bersama PAS kerana mendakwa parti itu sudah terkeluar daripada landasan sebenarnya iaitu untuk memartabatkan Islam.

Hasan yang dipecat daripada PAS pada 8 Januari lalu memberitahu bahawa beliau tidak akan membuat rayuan berhubung pemecatannya daripada parti itu yang disifatkanya dilakukan secara autokratik dan tidak demokratik.

"Setelah merenung berbagai sudut termasuk kepraktikalan gerak kerja saya seterusnya dan yang paling penting setelah beristikharah telah membawa saya membuat keputusan untuk tidak membuat rayuan.
"Sabaliknya saya membantah keputusan pemecatan saya yang bersifat arbitrari (tidak berasas) dan dilakukan mengikut selera parasit-pasrit yang sememangnya bagitu bernafsu untuk melihat saya tidak lagi berada dalam saf kepimpinan parti," katanya di sini, Sabtu. SUMBER MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.