Isnin, 6 Februari 2012

Cukai Pintu Datang Lagi..Khalid Gagap Masih Buat Tak Reti

    12:00:00 PTG   1 comment


Tidak sampai 10% dari janji yang tekandung dalam Menifesto bersama antara PAS PKR dan DAP di Selangor dalam gabungan yang diberi nama Pakatan Rakyat, tertunai hingga ke hari ini.

Salah satu JANJI yang terkandung dalam menifesto yang dibuat ialah mengurangkan kadar cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%. Namun ia masih tidak tertunai lagi apabila Rakyat telah memilih mereka sebagai pentadbir urus negeri yang baru pada PRU12 yang lepas.

Berdasarkan Penyata Kewangan PBT sehingga 31 Disember 2009, analisis terhadap baki tunai berbanding purata perbelanjaan bulanan PBT Selangor mendapati hanya lima PBT yang mampu beroperasi jika cukai pintu tidak dikutip iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Manakala tujuh PBT lain tidak dapat menampung operasi sekiranya tiada cukai dikutip dalam tempoh setahun, kerajaan negeri kini sedang mengambil langkah memastikan kutipan cukai pintu semasa mencapai sasaran 90 peratus dan tunggakan cukai dikutip sehingga 70 peratus.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata beliau tidak dapat memberi jaminan bila rakyat Selangor akan menikmati pengurangan cukai seperti yang dijanjikan kerana ia bergantung sepenuhnya kepada jumlah peruntukan kewangan kerajaan negeri:- Khalid Gagap

Jika di ikut apa yang sering dilaung-laungkan oleh Pemimpin Pakatan Pembangkang bahawa RAKYAT adalah TUAN, manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu adalah sama seperti KULI, maka tidak timbul soal kenapa setiap janji yang ditabur itu tidak dapat ditunaikan. Kerajaan bekerja untuk Rakyat.

Rakyat telah membayar mereka (PR) gaji yang cukup tinggi bukan untuk mendengar sebarang alasan yang tidak masuk akal seperti yang pernah dinyatakan oleh oleh Khalid Gagap di atas. Tetapi Rakyat hanya mahu hasil dari janji-janji yang telah ditaburkan itu ditunaikan walau dalam apa jua cara sekalipun.

Sesungguhnya Rakyat tidak peduli berapa banyak pihak PBT yang boleh berfungsi di Selangor ini sekiranya kutipan cukai berkurangan, kerana jika Pakatan Rakyat Selangor adalah sebuah kerajaan yang cekap dah tentu segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Macam mana dan bagaimana, ia begantung kepada kapasiti otak dimiliki Khlid Gagap selaku MB.

Janji tetap janji. Setiap perkara yang dijanjikan mesti ditepati. Tiada perkataan InsyAllah boleh diguna sebagai alasan untuk melarikan diri dari menunaikan apa yang telah dijanji. Mereka yang tidak menepati janji, adalah golongan MUNAFIK dan itu jelas.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.