Isnin, 6 Februari 2012

Fathul Bari Memang Tak Sayang Mulut, Bila 'Imam Mahdi' Pakatan Disuruh Diam!

    3:15:00 PTG   No comments

Fathul...You shut up ok!!

Anwar Ibrahim ditegur supaya menutup mulutnya bila bercakap tentang Yahudi dan isu negara haram Israel.Yang membuat teguran itu pula datangnya dari seorang anak muda bernama Fathul Bari. Berani sungguh ulama muda ini menegur seorang insan agung bertaraf 'Anugerah Tuhan'.

Memang sudah tidak sayang mulut gamaknya si Ustaz muda ini. Sudah pasti teguran yang dinyatakan itu akan dikecam hebat oleh seluruh penyokong taksub Anwar Ibrahim. Bermacam gelaran sesat selepas ini akan terhambur keluar dari mulut busuk pentaksub Anwar kerana si Ustaz bersikap 'kurang ajar' terhadap idola mereka.

Tidak ramai pemimpin tua di dalam UMNO seberani Ustaz Fathul Bari, dalam menegur Anwar Ibrahim kerana sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan umat Islam terutama sekali bila dia bercakap soal Yahudi dan Israel. Ini baru anak jantan namanya.

Sifat seperti ini wajar diikut dan dijadikan contoh oleh setiap pemimpin baik yang muda dan yang tua bila meliahat sesuatu perkara itu sudah jauh tepesong dari ajaran sebenar, lagi-lagi bila ia menyentuh soal perinsip orang Islam tentang Yahudi, Israel dan Zionis. Tidak kira apa fahaman politik yang dibawa, pendirian kita sebagai orang Islam mesti tegas dan jelas. Apa yang hendak ditakutkan?.

Masyarakat Islam di Malaysia wajar menyokong teguran yang dibuat oleh Ustaz Fathul Bari bagi mendiamkan mulut Anwar yang sangat celupar ini. 'Imam Mahdi' Pakatan Pembangkang sudah terlalu banyak bercakap sehingga dia sendiri pun keliru apa yang dicakapnya. Orang Islam perlu menolak amalan politik dua alam, yang diamalkan oleh Anwar kerana ia sangat merbahaya. Ingat! Yahudi bukanya bodoh seperti Anwar. Hati-hati dalam memberikan sokongan dan jangan membuta tuli akibat terlalu taksub kepada sesorang, kelak terima padahnya.

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu) menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim agar berhenti mengeluarkan kenyataan yang meragukan kerana ia boleh memecahbelahkan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjanya, Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbuatan ketua pembangkang itu menafikan apa sahaja yang diperkatakan setelah perkara tersebut menerima kritikan dan menjadi kontroversi, mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramai.

"Kemungkinan orang yang bercakap dalam isu ini (menyokong Israel) tidak bermaksud hendak menyokong, tetapi perkataan dia itu dianggap jelas menyokong.

"Jadi nasihat saya kepada orang yang selalu mengeluarkan kenyataan seperti ini, lebih baik dia tak bercakap. Kalau meragukan atau memecahbelahkan manusia, buat apa dia bercakap," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Surau Ehsaniah, Kelana Jaya dekat sini hari ini. SUMBER UTUSAN MALAYSIA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.