Sabtu, 24 Disember 2011

Khir Toyo Didapati Bersalah, Tapi Anwar Pula Yang Terlebih Panik

    10:00:00 PG   No comments

"Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah"

Nampaknya berita dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang mendapati Dr Khir Toyo bersalah atas pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya, tidak memberikan kesan yang mendalam kepada pihak-pihak tertentu yang selama ini ingin sangat melihat bekas Dr Gigi meringkuk dalam penjara dan karier politiknya berkubur terus.

Tiada sorakan kegembiraan kedengaran setalah keputusan bersalah diumumkan, terutama sekali dari mereka yang begitu anti dengan manusia yang pernah satu masa dulu menjadi Menteri Besar Selangor. Adakah konspirasi untuk menjatuhkan Dr Khir melalui isu rumah agam yang dibelinya ini masih lagi belom mencapai tahap klimaks yang diharapkan?.

Memang agak terkejut juga bila keputusan 'bersalah' ini dijatuhkan kerana sebelum ini, sepanjang wak mengikuti sesi perbicaraan kes berlangsung samada di blog dan juga portal berita, segala hujah dan fakta berserta bukti yang diberikan oleh pihak peguambela Dr Khir amat konsisten dan menyakinkan sekali.


Tapi apa boleh buat, akhirnya Dr Khir kantoi juga. Diharap penyokong Dr Khir dapat menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah untuk pusingan pertama hari ini dengan hati yang terbuka dan redha. Masih ada peluang lagi untuk Dr Khir membela dirinya. Mungkin ini lah punca kenapa ada pihak yang tak begitu gembira walau keputusan 'bersalah' sudah diumumkan.

Bila ditanya kepada penyokong pembangkang tentang perasaan mereka berikutan keputusan bersalah yg dikenakan pada Dr Khir Toyo ini, tiada jawapan yang menunjukkan tanda gembira yang amat sangat dalam hati mereka. Sepatutnya dengan keputusan bersalah ini membuatkan penyokong Pakatan Pembangkang berasa sangat gembira sambil membuat doa kesyukuran kerana yang didapati bersalah itu adalah pemimpin Umno dan kesalahan yang dituduh itu adalah kesalahan 'rasuah', tapi respon yang diharap dari mereka ini sebaliknya.

Mungkin dalam hati penyokong Pakatan Pembangkang sekarang ini sedang dilanda kegusaran yang sangat besar dan debaran yang mencuakkan kerana tarikh bersejarah yang bakal menentukan hidup mati perjuangan politik Anwar yang sangat menjadi idola kepada penyokongnya itu semakin menghampiri iaitu pada 9hb Januari 2012.

Jadi tumpuan yang lebih harus diberikan untuk memikir bagaimana dan cara untuk menyelamatkan 'kotei bengkok' milik Anwar yang sangat nakal dan tidak boleh melihat apa jua jenis lubang itu dari disabitkan dengan kesalahan meliwat seoarang pembancuh kopi, bernama Saipul Bukhari Azalan.

Kisah 'bersalah' Dr Khir terpaksa di ke tepikan dahulu dari diraikan bersama kerana jika keputusan hakim 9hb Jan tahun depan mendapati Anwar 'tidak bersalah', pasti ia akan memberikan kemenagan moral yang berganda kepada meraka, dan tentunya akan diraikan secara besar-besaran sebagai tanda BN akan kalah pada PRU13 akan datang.


Jelas terpancar dalam hati penyokong Pakatan Pembangkang perasaan bimbang, sekiranya mereka meraikan lebih awal kemenangan ini, dikhuatiri jika keputusan pada 9hb Jan nanti tidak menyebelahi Anwar, ia pasti akan memberikan satu tamparan hebat kerana anggapan mereka selama ini terhadapap sistem keadilan yang diamalkan di negara ini yang korup imejnya sudah kembali pulih. Sebab itu sekarang ini mereka cuba mereka-reka cerita untuk menggambarkan bahawa hukuman bersalah yang dikenakan terhadap Dr Khir ini adalah satu sadiwara atau konspirasi Umno untuk memerangkap Anwar dengan menjadikan Dr Khir sebagai 'Kambing Hitam'.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.