Sabtu, 24 Disember 2011

Terima Kasih & Syukur...BR1M+Bonus?

    2:00:00 PTG   No comments


1. Berapa banyak yang perlu dibantu, baru hidup kita akan jadi sempurna?

2. Berapa banyak 'Bonus' yang perlu diberi, baru boleh buat kita tersenyum puas?


Dua solan di atas wak tujukan kepada mereka-mereka yang tidak pernah faham atau tahu apa makna bersyukur dan reti berterima kasih apabila hidup mereka dibantu.

Semoga dia orang sedar bertapa bertuahnya dapat meneruskan kelangsungan hidup di bumi bertuah bernama Malaysia.

Inilah dia kelebihan apabila menjadi Peneroka Felda. Bukan setakat kebajikan para ahlinya dijaga malah diberikan pula insentif-insetif lain seperti pemberian 'bonus' bila setiap kali menjelang hari perayaan dan sebelum menyambut tahun baru.

Mesti ada dari kalangan kita yang bukan ahli Peneroka Felda yang dahulunya takut-takut untuk menyertai program tanah rancangan ini menepuk dahi sambil mengeluh panjang mengenang nasib bertapa ruginya dulu tak isi borang menjadi Peneroka Felda.

Dah tentu juga ada pihak-pihak yang berasa iri hati kenapa kerajaan menerusi FELDA sanggup buat kerja gila macam ini dengan memberi bonus kepada peneroka setelah pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjatuhkan reputasi Felda sebagai entiti yang telah banyak membantu rakyat terutama sekali orang Melayu.

Apa pun orang nak kata, usah pedulikan. Setelah pengumuman pemberian bonus ini disampaikan oleh Perdana Menteri, para peneroka Felda yang berada di suluruh tanah air, boleh la mula berangan atau merancang apa perkara yang perlu hendak dibuat bila duit sudah dapat nanti.

Ingat! Pemberian bonus ini bukan lah hak hakiki setiap orang, ada yang dapat lebih dan ada yang dapat kurang, apa yang lebih penting biar dapat sedikit daripada tak dapat apa-apa langsung. Siapa yang dapat lebih, itu rezeki kamu. Namun semua ini bergantung kepada prestasi yang ditujukan oleh pekerja dan majikanya, antara peneroka dan juga Felda.

Jika ada peneroka Felda yang sudah mula merasakan dirinya kini sebagai 'BOS', wak ingin berikan sedikit nasihat agar dapat merenung kembali dari mana asal-usul kita datang, sebelum dapat merasai hidup senang seperti hari ini.

Syukur pada Allah, Terima Kasih kepada Kerajaan

Wak J: 2 Bulan...Senyum tak perlu kata apa-apa huhuhuhuhu

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.