Memang benar apa yang dinyatakan oleh Hasan Ali dalam sidang medianya itu. Sepanjang wak mengikuti segala berita-berita yang tercatat di dalam akhbar Harakah ntah berapa kali sahaja wajah Hasan Ali terjongol di sudut pemberitaan di akhbar tersebut.
Selebihnya, hanya iklan ubat kuat seks dilihat lebih banyak memenuhi segala ruang yang ada di dalam akhbar tersebut. Agaknya ramai dari kalangan ahli Pas ini ada mengalami masalah penyakit lemah tenaga batin kut
Oleh kerana ruangan untuk pemimpin Pas menyatakan kebenaran di dalam akhbar yang dimiliki parti adalah terhad berbanding dengan cerita fitnah tentang kerajaan dan parti lawan, membuatkan segelintir pemimpan Pas tiada pilihan untuk menggunakan media lain yang lebih terbuka menerima sebarang maklumat dari mana-mana pemimpin untuk disebarkan kepada pengetahuan rakyat.
Dalam hal yang melibatkan Hasan Ali hari ini, jangan di pertikai atau dipersalahkan kenapa beliau menggunakan media arus perdana yang pro kepada kerajaan untuk meluahkan segala isi hatinya tentang kehancuran yang bakal melanda Pas. Sebaliknya salahkan media Pas sendiri kerana akhbar nyamuk tersebut sekarang ini dilihat lebih mengutamakan suara pemimpin Pas yang Sekular dan pro Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..