Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan

Rabu, 6 Disember 2017

Isteri Banduan Liwat Kalah Saman Fitnah RM2 Juta

    2:49:00 PTG   1 comment
wan-azizah-felda

Setelah tujuh tahun menanti akhirnya kebenaran memihak kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang sebelum ini teruk difitnah Pembangkang dengan pelbagai isu karut marut.

Pada semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain membayar ganti rugi RM2 juta kepada kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan artikel fitnah pada 2010.

Menurut laporan akhbar tempatan, saman itu berhubung penerbitan dua artikel berbentuk fitnah pada tahun 2010 yang bertajuk "Felda Bankrap" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu".

Biarpun nilai RM2 juta itu kecil pada Wan Azizah, namun dari segi moralnya rakyat melihat pemimpin parti Pembangkang itu sebagai seorang yang suka menabur fitnah dan tidak layak mewakili rakyat sebagai pemimpin.

Beginikah orangnya yang hendak diangkat menjadi calon timbalan perdana menteri dari Pakatan  Harapan. Sudah lah tiada bakat kepimpinan, pasti porak peranda negara dikerjakan si tukang fitnah ini.

Selasa, 28 November 2017

Rumah Generasi Kedua Felda Bukti Kerajaan Peduli

    2:11:00 PTG   No comments
rumah-felda-gen2

Hari ini buka sahaja pintu pejabat, wak lihat ramai anak Peneroka sibuk menghantar borang permohonan rumah generasi kedua Felda. Yang kuat menghentam kerajaan juga turut dilihat tidak ketinggalan mencuba nasib.

Cuma wak seorang sahaja yang tidak menghantar borang permohonan kerana ingin beri peluang kepada rakan-rakan lain yang belum memiliki rumah sendiri.

Walau pada awalnya tidak berapa setuju dengan program ini namun setelah melihat kesukaran rakan-rakan dalam meneruskan hidup mereka, wak rasa program tersebut wajar diteruskan memandangkan kawasan Felda masih lagi terdapat tanah kosong yang boleh dibangunkan.

Rata-rata pemohon yang wak temui sangat gembira dengan program ini. Mereka begitu berharap agar projek pembinaan rumah generasi kedua Felda berkenaan dapat dilaksana dan siapkan secepat mungkin.

fgvpm-bkt-tongkat

Terima kasih kerajaan Barisan Nasional dan FELDA kerana terus membela nasib rakyat khasnya generasi Peneroka walau teruk dibelasah dan ditohmah Pembangkang tidak kira siang dan malam.

Mungkin ada yang menganggap program ini sekadar umpan piliharaya, tapi percaya lah bila rumah generasi kedua ini siap dibina pasti ada yang mulut ternganga.

Sedikit pesanan untuk generasi kedua Felda. Bukan senang nak beli rumah sekarang walau harganya murah. Apa yang lebih penting ialah jangan tersilap membuat pilihan, kelak rumah tak dapat diri sendiri yang rugi..

Sabtu, 9 September 2017

FGV Dapat Pengerusi Baru

    1:00:00 PTG   No comments
Wira-Azhar-fgv-chairman

Bekas bos Malakoff Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang berkuat kuasa pada 9hb September yang lalu.

Perlantikan yang dibuat bukan dari kalangan orang politik sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada banyak pihak terpasuk pemimpin Pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib turut yakin dengan pengalaman luas yang dimiliki Datuk Wira Azhar dan sekaligus dapat mengembalikan kenyakinan pelabur dengan diterjemahkan melalui pengukuhan harga saham FGV.

Penulis berharap dengan perlantikan pengerusi baru FGV ini, ia dapat melenyapkan segala spekulasi yang tidak baik terhadap syarikat kenglomerat yang telah banyak membantu orang Melayu .

Ahad, 20 Ogos 2017

22 Tahun Dulu Felda Hampir Digadai Mahathir

    11:29:00 PTG   No comments
mahathir-swasta-felda

Sebuah badan yang masih dimiliki oleh kerajaan. Tidak seperti kebanyakan GLC yang lain, hampir kesemua syarikat yang satu ketika dahulu milik kerajaan telahpun diswastakan semasa era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa Felda tidak diusik atau diswastakan semasa pentadbiran Mahathir? Sebenarnya, sebelum syarikat milik kerajaan pertama yang diswastakan iaitu Jabatan Telekom Malaysia (kini dikenali sebagai Telekom Malaysia (TM)), Felda adalah sebuah badan yang ingin diswastakan oleh Mahathir semasa tahun-tahun pertama dia berkuasa.

Alasannya, kerajaan pada ketika itu tidak mampu untuk menanggung kos atau menanggung hasil yang dikeluarkan oleh Felda kerana pada ketika itu, negara sedang berhadapan dengan kelembaan ekonomi.

Mujur, pada ketika itu, ramai pihak yang membantah cadangan Mahathir ini sehinggalah penswastaan Jabatan telekom Malaysia di laksanakan. Ini diikuti dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lembaga Letrik Negara, Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia, Jabatan Penerbangan Awam, Lembaga Pelabuhan Klang, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Johor, Keretapi Tanah Melayu dan Lembaga Penyatuandan pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA).

Bayangkan, jika projek penswastaan ini menjadi kenyataan, pastinya nasib peneroka yang hampir kesemuanya mewarisi tanah dari generasi pertama, terpaksa bergantung penuh kepada harga jualan global dan tidak lagi dilindungi oleh kerajaan. Pastinya ia akan memberi lebih kesukaran buat warga Felda senadainya cadangan gila Mahathir ini menjadi kenyataan.

Agak menghairankan juga apabila antara perkara utama yang digariskan Mahathir sekiranya Pakatan Harapan berkuasa adalah memulihkan Felda. Walhal, semasa dia berkuasa dahulu, nasib peneroka Felda langsung tidak diendahkan dengan pendapatan mereka berada di bawah angka RM 1,000.

Hari ini, dengan bantuan penuh kerajaan yang mengenang nasib para peneroka, pendapatan mereka berada pada tahap minima RM 1,500 sebulan dengan pelbagai insentif lain turut diberikan kepada peneroka. Malah, hari ini kita dapat lihat, taraf hidup para peneroka jauh lebih baik berbanding sebelum ini.

Justeru ingin ditanyakan kepada Mahathir, nasib apakah yang ingin dia selamatkan bersama-sama Pakatan Harapan yang lain? Benar, Felda dan anak syarikatnya memang ada berhadapan dengan masalah namun sehingga hari ini belum ada para peneroka yang masih belum menerima ganjaran hasil penat lelah mereka. Sehingga kini Felda masih belum gagal melunaskan apa jua bayaran yang berhak keatas mereka.

Setidak-tidaknya, para peneroka harus bersyukur kerana nasib mereka jauh lebih baik berbanding orang lain yang berada di luar sana. Masa hadapan mereka sentiasa terjamin dengan komitmen penuh kerajaan yang sentiasa membela nasib mereka. Usah mudah termakan dengan kata hasut pembangkang yang hanya mahu melihat, satu-satunya projek milik kerajaan keatas kaum Melayu dan Bumiputera dapat dijahanamkan.

Sumber: FB

Selasa, 18 Oktober 2016

Mazlan Aliman Rayu Bantuan Kewangan Untuk Elak Muflis

    3:24:00 PTG   No comments
mazlan-aliman-saman

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman bakal diishtiharkan muflis sekiranya beliau gagal membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 setelah didapati bersalah memfitnah Felda.

Beliau kini sedang merayu orang ramai terutama sekali Peneroka Felda agar membantu menyelesaikan segera bayaran saman yang dikenakan terhadapnya.

Usaha beliau memeras duit rakyat bagi membayar saman tersebut turut mendapat sokongan padu dari Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mat Sabu.

"Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau," kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.

Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda...Dulu Tolong Sekarang Ah Long’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Felda.

Rabu, 30 Mac 2016

Zakaria Arshad Dilantik CEO Baharu FGV

    10:29:00 PTG   No comments
Zakaria_Arshad-CEO-FGV

Konglomerat perladangan, Felda Global Ventures Holdings Bhd, melantik Datuk Zakaria Arshad, 56, (gambar kecil) sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 April.

Beliau menggantikan Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah yang tempoh khidmat berakhir pada tarikh yang sama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Zakaria kini memegang jawatan sebagai Naib Presiden Eksekutif/Ketua Kluster Hiliran Sawit FGV.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sains Sosial (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia.

Isnin, 7 Julai 2014

FGVH Bayar Dividen RM72.9 juta Pada Peneroka Felda

    12:00:00 PG   6 comments
Najib-FGV-2014

Wak J: Eh! Betul ke ni..Bukan ke hari tu Pembangkang kata FGVH rugi teruk. Pelik!
KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kepada peneroka Felda berjumlah RM72.9 juta.

Sehubungan itu, semua 112,635 warga peneroka seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang.
  
Pembayaran dividen akhir FGV ini membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang mana ia akan dibayar menerusi Tabung Amanah pada Jumaat ini (11 Julai).
  
Perdana Menteri yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga peneroka di Pejabat Felda Wilayah Terengganu ketika berucap turut mengumumkan pemberian duit raya kepada peneroka Felda dengan jumlah keselurahan sebanyak RM30.5 juta.
  
Najib berkata, pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.
  
"Kita juga menyerahkan duit raya sebanyak RM300 bagi setiap keluarga peneroka bagi meringankan lagi beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.
  
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
  
Di majlis itu juga, Najib turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan Felda berjumlah RM22.02 juta.
  
Katanya, jumlah bayaran zakat tersebut bersempena keuntungan FGV yang dicatatkan pada tahun kewangan 2013 iaitu sebanyak RM8.6 juta, Koperasi Permodalan Felda (KPF) RM12.8 Juta, Felda D'Saji RM321,200 dan koperasi kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) RM297,985.97.
  
Zakat perniagaan ini dibayar kepada 14 Pusat Zakat Negeri iaitu bagi negeri-negeri dimana kumpulan Felda menjalankan operasi perniagaannya.
  
Sementara itu bersempena majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 orang, kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati kepada masjid Felda yang melibatkan jumlah sebanyak RM927,500 yang akan diagihkan kepada Pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan Siak.
  
Selepas majlis ini, Najib dijadual bersolat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Seberang Takir di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.
  
Sementara itu, rata-rata peneroka Felda melahirkan rasa terharu dengan pengumuman dan sumbangan itu oleh Perdana Menteri.
  
Wakil peneroka Samsudin Othman, 62, bersyukur dengan pengumuman Najib yang sudi memberi sumbangan hari raya sebagai persiapan menyambut lebaran.
  
"Walaupun jumlah itu tak besar namun ia sedikit-sebanyak menolong dan mampu meringankan beban kami," kata Samsudin yang berasal dari Johor.
  
Seorang lagi peneroka Ismail Mohamad, 66, dari Felda Neram Satu Kemaman berkata beliau berharap golongan Felda akan terus dilimpahi faedah pada masa akan datang dan usah percaya kata-kata negatif dilemparkan kepada Felda.
  
"Para peneroka usahlah mendengar kata-kata tidak sahih kerana ia akan mendatangkan rasa kurang senang kepada kita sendiri.
  
"Kerajaan kita sudah cukup baik, apa lagi kita masih tidak puas hati?," katanya. - Bernama

Ahad, 18 November 2012

Lagi Janji Ditepati, Wang 'Durian Runtuh' Felda Kini Dalam Genggaman

    7:28:00 PTG   No comments
Alhamdulillah..Akhirnya, 'durian runtuh' yang wak nanti selama ini dapat juga. Terima kasih kepada kerajaan terutama sekali pihak Felda kerana begitu prihatin dan mengambil berat terhadap nasib generasi kedua Felda.

Macam tahu-tahu je tengah 'kering' sekarang. Apa-apa pun, sokongan generasi kedua tetap bersama Felda dan juga kerajaan BN.
KLUANG - Seramai 461 anak-anak peneroka di tanah rancangan Felda di sini menerima cek durian runtuh fasa ketiga, semalam.

Sabtu, 10 November 2012

Himpunan Belia Felda:Lagi Bukti Janji Kerajaan Ditepati

    2:24:00 PTG   No comments

Himpunan Generasi Baharu Felda yang bakal menghimpunkan kira-kira 10,000 belia Felda dari seluruh negara di padang kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok merupakan manifestasi sebuah janji ditepati.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, sejajar dengan manifestasi itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pemberian RM5,000 kepada generasi kedua Felda.

Khamis, 19 Julai 2012

'Saya Tak Tahu'..'Itu Masalah Teknikal'..Dah! Jangan Kacau Saya Nak Tidur, Pergi Main Jauh-Jauh..

    11:19:00 PTG   No comments
Demi menjaga ‘air muka’ partinya, Dato’ Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan ‘tuah’ dan membiarkan negeri kerugian. 

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.  

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah ‘masalah teknikal’ membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa. Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah. 

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Selasa, 17 Julai 2012

FGVH: Azizan Razak Buktikan PAS Dan Seluruh Ahlinya Si Munafik Yang Bertopengkan Islam

    10:19:00 PTG   No comments
Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.  PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim.  Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama. 

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. 

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan ‘menyinggung’ perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.   Akibatnya, beliau diletakkan di bawah ‘seliaan’ Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak ‘memandu’ Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR. 

Ahad, 15 Julai 2012

Pembangkang Jadikan Himpunan Oren Sebagai Medan Untuk 'Pau' Duit Rakyat

    10:00:00 PG   No comments

Mulanya penganjur Himpunan Oren anti Felda menjangkakan 20,000 orang peneroka akan menyertai perhimpunan tersebut yang bermatlamat menyampaikan memorandum kepada YDP Agong seterusnya menuntut campurtangan Tuanku untuk menarik balik penyenaraian FGVH dari BSKL.

Bagi meramaikan lagi perhimpunan itu, PAS melalui Setiausaha Agungnya mengeluarkan pula surat pekeliling kerahan tenaga kepada semua ahli PAS dengan tujuan untuk meramaikan lagi kehadiran di himpunan anjuran Persatuan Kebangsaan Anak-anak Peneroka Peneroka (ANAK), sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS.

Manakala portal berita pro pembangkang, Malaysiakini menyatakan sehingga 5,000 orang telah menyertai himpunan tersebut yang bermula sejak jam 2.00 petang hinggalah tamat pada hampir jam 4 petang.

Harubirukahdaily yang merupakan lidah rasmi online PAS pula berkata puluhan ribu peserta menghadiri himpunan tersebut. Nampak sangat temberangnya.

Sabtu, 14 Julai 2012

Keyakinan & Sokongan Peneroka Felda Terhadap BN Kini Sudah Meningkat Ke Tahap 85%

    10:00:00 PG   No comments

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.  Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.  Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi. 

Begitulah yang terjadi di Felda.  Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Jumaat, 13 Julai 2012

'Saya Tak Terlibat Dengan Kerja Pembangkang Menabur Pasir Dalam Periuk Nasi Peneroka'

    11:33:00 PTG   No comments
KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kumpulan yang berhasrat untuk mengadakan perhimpunan 'Oren' esok.

Sehubungan itu, Abdullah kesal dengan tindakan kumpulan itu yang menggunakan gambar beliau pada poster mereka. "Mereka tidak patut menggunakan nama atau gambar saya untuk apa jua matlamat mereka," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) melalui pegawai khasnya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan kumpulan tertentu yang menggunakan gambar beliau dan tokoh veteran Umno yang juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pada poster Himpunan Oren.

Tengku Razaleigh bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu. -BERNAMA

Ahad, 8 Julai 2012

'Felda Tak Bankrap' Pembangkang & Mazlan Aliman Digesa Supaya Meminum Racun Rumpai

    10:00:00 PG   No comments
Malam tadi telah berlangsungnya majlis perasmian Menara Felda yang disempurnakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Upacara perasmian ini dibuat bersempena sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 56.

Menara Felda setinggi 50 tingkat yang terletak di wiliayah segitiga emas ibu kota Kuala Lumpur itu dibina dengan kos RM700 juta dan diberi tahu juga bahawa nilai semasa bangunan Felda itu sekarang sudah melebihi RM900 juta.

Kini Peneroka Felda sudah boleh berbangga dengan terbinanya mercu tanda ini sebagai simbolik setelah berpuluh tahun membanting tulang manikan taraf hidup keluarga serta membantu Felda dalam mencapai matlamatnya hari ini.

Inilah trangformasi paling nyata selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, yang dilakukan oleh Najib Razak selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda.


Selasa, 3 Julai 2012

Jangan Jual Dulu! Saham FGV Dijangka Akan Terus Melonjak Ke Tahap Lebih Menguntungkan

    11:25:00 PTG   No comments
Nilai saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dijangka terus melonjak berdasarkan permintaan terhadap komoditi minyak sawit yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin menasihati peneroka yang memiliki saham FGV agar tidak sewenang-wenang menjualnya kerana saham terbabit akan terus melonjak sehingga ke paras yang lebih menguntungkan.


FGV: Penilaian Harga Berdasarkan Potensi Perkembangan

    9:00:00 PG   No comments
PENGANALISIS menjangka harga wajar Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah antara RM5.50 hingga RM6 sesaham apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun yang lalu.
Ia adalah antara 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding harga tawaran awam (IPO) iaitu RM4.55 sesaham.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan mengunjurkan nilai wajar harga saham FGVH itu pada RM5.50 sesaham berdasarkan peningkatan nisbah harga pendapatan 18 kali bagi tahun kewangan semasanya.
FGVH adalah syarikat peladangan yang besar dan kini mengendalikan 343,521 hektar ladang sawit di Malaysia dengan keupayaan pengeluaran 5.2 juta tan buah sawit.
Ia juga sedang dalam peringkat pengembangan dengan pengambilalihan ladang baru dan peluasan aktiviti hiliran yang mana semua ini memperlihatkan langkah pengembangan perniagaan yang menarik dan mampu menarik minat pelabur untuk menyokong kestabilan peningkatan harga sahamnya.

Jumaat, 29 Jun 2012

Penyenaraian Felda Jana Kekayaan Kepada Peneroka

    12:10:00 PG   No comments

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd di Bursa Malaysia pada Khamis mampu menjana kekayaan yang bakal diagihkan kepada lebih 112,000 peneroka Felda.

Beliau berkata Felda Global Ventures, pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar dunia, telah mencatatkan penyenaraian bersejarah di Bursa Malaysia hari ini dengan tawaran awam permulaan (IPO) kedua terbesar tahun ini selepas Facebook Inc.

Khamis, 28 Jun 2012

Saham FGVH Naik Mendadak Dalam Masa Singkat, Petanda Tidak Baik Buat Pakatan Haram

    11:29:00 PG   No comments

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Sabtu, 16 Jun 2012

Penyenaraian FGVBH, Peneroka Felda Bakal Dapat Manfaat Sepanjang Hayat

    11:13:00 PG   No comments

PORT DICKSON: Peneroka tanah rancangan Felda bakal memperoleh faedah sepanjang hayat susulan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVHB) di Bursa Malaysia pada 28 Jun ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, ini kerana selain setiap peneroka mendapat 'durian runtuh' RM15,000 dan 800 unit saham, mereka juga memiliki saham 20 peratus dalam FGVHB.

"Kalau masih ingat lagi kita simpan peruntukan 37 peratus itu kepada Koperasi Pengguna Felda (KPF). Tapi oleh kerana KPF tidak dapat menyertai maka 20 peratus itu kita letak di bawah tabung amanah dan 17 peratus lagi dipegang oleh pihak Felda.

"Dengan itu 20 peratus ini akan jadi milik peneroka selama-lamanya iaitu selagi wujud FGVHB, selagi itulah mereka mempunyai saham 20 peratus, tanpa mengeluarkan sebarang modal...mereka tidak perlu beli saham, bayar yuran dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Guruperingkat Daerah Port Dickson 2012 di sini Jumaat.

Menurutnya sebagai contoh, katalah selepas satu tahun untung RM100 juta, bermakna 20 peratus daripada RM100 juta mungkin ada RM20 juta, jadi RM20 juta itu akan dibahagi kepada 112,635 peneroka terbabit.
Katanya, kalau besarlah keuntungannya, maka besarlah pendapatannya dan mereka akan dapat selama-lamanya.

Mohd Isa yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang berkata, penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan insya-Allah pada 28 Jun ini FGVHB akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan fasa kedua pemberian bonus RM5,000 sempena sambutan Hari Peneroka di Kuala Lumpur pada 7 Julai ini, serentak dengan perasmian Menara Felda. - BERNAMA
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.