Ahad, 15 Julai 2012

Pembangkang Jadikan Himpunan Oren Sebagai Medan Untuk 'Pau' Duit Rakyat

    10:00:00 PG   No comments


Mulanya penganjur Himpunan Oren anti Felda menjangkakan 20,000 orang peneroka akan menyertai perhimpunan tersebut yang bermatlamat menyampaikan memorandum kepada YDP Agong seterusnya menuntut campurtangan Tuanku untuk menarik balik penyenaraian FGVH dari BSKL.

Bagi meramaikan lagi perhimpunan itu, PAS melalui Setiausaha Agungnya mengeluarkan pula surat pekeliling kerahan tenaga kepada semua ahli PAS dengan tujuan untuk meramaikan lagi kehadiran di himpunan anjuran Persatuan Kebangsaan Anak-anak Peneroka Peneroka (ANAK), sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS.

Manakala portal berita pro pembangkang, Malaysiakini menyatakan sehingga 5,000 orang telah menyertai himpunan tersebut yang bermula sejak jam 2.00 petang hinggalah tamat pada hampir jam 4 petang.

Harubirukahdaily yang merupakan lidah rasmi online PAS pula berkata puluhan ribu peserta menghadiri himpunan tersebut. Nampak sangat temberangnya.

Angka yang paling tepat pada penulis hanya sekitar 2,000 orang saja dan rata-rata peserta bukannya peneroka pun, lebih 90% peserta adalah ahli PAS dari pelbagai negeri termasuklah ada yang diangkut menggunakan bas dan dikerah meramaikan himpunan tersebut.

Hanya kurang 10% saja yang betul-betul peneroka itupun dari jenis yang dah memang totok PAS sejak dulu kala, spesis yang mengikut saja apa pemimpin PAS kata tanpa mengira betul atau salah.

Suasana himpunan pun tak begitu nampak bersemangat barangkali masing-masing tak jangka jumlah yang menyertainya jauh tersasar berbanding 20,000 orang peserta yang menjadi sasaran awal.

Ramai peserta yang kelihatan bersidai di tepi-tepi bahu jalan, bersembang sesama sendiri tanpa mempedulikan ucapan pemimpin pembangkang yang banyak memfokuskan serangan peribadi ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib dan Pengerusi Felda, Isa Samad.

Ada juga yang datang semacam hanya untuk berseronok apabila tatkala pemimpin mereka berucap, terompet asyik berbunyi silih ganti, ingatkan hanya yang muda saja gatal mulut meniup terompet rupanya ramai juga peserta veteran pun kemaruk nak meniupnya sampaikan ada yang memandang sinis.

Dikalangan peserta kerap juga penulis ternampak ada anak kecil turut sama bersama ibu dan bapa mereka sekalipun panas terik mentari agak membakar kepala tika itu.

Secara keseluruhannya, himpunan oren anjuran proksi PAS ini gagal sama sekali. Gagal dari segi jumlah dan gagal dari segi latarbelakang pesertanya.

Sumber: MyKMU

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.