Himpunan Generasi Baharu Felda yang bakal
menghimpunkan kira-kira 10,000 belia Felda dari seluruh negara di padang
kawad, Universiti Teknologi Mara (UiTM) esok merupakan manifestasi
sebuah janji ditepati.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
berkata, sejajar dengan manifestasi itu Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak akan mengumumkan pemberian RM5,000 kepada generasi kedua
Felda.
Perhimpunan mega seperti ini merupakan satu manifestasi janji ditepati sebagai menghargai sokongan masyarakat Felda khususnya generasi kedua kepada transformasi yang dilakukan kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.
Perhimpunan mega seperti ini merupakan satu manifestasi janji ditepati sebagai menghargai sokongan masyarakat Felda khususnya generasi kedua kepada transformasi yang dilakukan kerajaan," katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.
Pada Mei lalu, Najib mengumumkan durian runtuh RM15,000 kepada
peneroka, isteri dan generasi kedua Felda yang diagihkan dalam tiga fasa
membabitkan kos keseluruhan berjumlah RM1.689 bilion sempena
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Yang turut hadir, Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad, Presiden
Gabungan Pemikir Profesional Felda (Gaprof), Datuk Khairil Anuar Aziz
dan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Manap.
Dalam pada itu, ketika berucap merasmikan H1mpunan Generasi Baharu
Felda selepas sidang akhbar tersebut, Ahmad berkata, generasi kedua
Felda wajib berbangga dengan kejayaan kerajaan membangunkan masyarakat
peneroka sehingga diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Menyentuh pemilihan UiTM sebagai tapak perhimpunan pula, beliau
berkata, ia bertujuan membangkitkan cita-cita generasi muda Felda untuk
berlumba-lumba mengejar ilmu bagi mentransformasikan kehidupan mereka.
“UiTM sebuah institusi ulung yang telah banyak mengangkat masyarakat bumiputera.
“Kita mahu kesempatan berhimpun di sini digunakan untuk memasang
cita-cita bagi mentransformasi hidup kerana kita tidak mahu mereka
sekadar kekal sebagai peneroka," katanya.
Sementara itu, sempena program himpunan tersebut pelbagai aktiviti
dirangka antaranya wacana ilmu bertajuk Satu Transformasi Untuk
Dinikmati, pameran, persembahan pentas dan konsert generasi baharu
Felda.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..