Sponsored

Isnin, 12 November 2012

Isu Selangor: Bangkit Menuntut Hak, Kerajaan PR Selangor Anggap Ibu Tunggal Sebagai Janda Terdesak


Lepas satu, satu lagi bala datang menimpa Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Semakin hampir musim pilihanraya, semakin banyak pula desakan dari rakyat menuntut agar kerajaan Pakatan Selangor menunaikan segala janjinya yang terkandung dalam menifesto pilihanraya lepas.

Baru-baru ini, sekumpulan ibu tunggal dari daerah Gombak dan Petaling telah mengadakan perhimpunan secara aman menuntut kerajaan Pakatan Selangor menunaikan salah satu dari janji yang terkandung dalam menifesto Pakatan Pembangkang pada PRU12 yang lepas iaitu memberi elaun bulanan kepada ibu tunggal.

Mereka kecewa setelah hampir 4 tahun Pakatan Pembangkang diberi peluang mentadbir negeri Selangor tetapi janji pemberian elaun terhadap ibu tunggal masih lagi tidak ditunaikan hingga ke hari ini. Ada yang mempersoal akan kemampuan kerajaan negeri untuk menunaikan kesemua janji yang telah ditabur.

Selain itu, kumpulan ibu tunggal ini turut menyatakan, sekiranya dalam tempoh masa dua minggu tiada sebarang maklum balas dari kerajaan negeri berhubung dengan tuntutan ini, pihak persatuan ibu tunggal seluruh negeri Selangor akan bergabung dan akan mengadakan perhimpunan aman di bagunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Tindakan yang bakal diambil oleh golongan ibu tunggal ini kelak sekiranya Khalid Ibrahim terus memandang sepi golongan ini, turut mendapat sokongan padu daripada Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS).

Jika dilihat dari beberapa senario tuntutan yang berlaku di negeri Selangor sejak kebelakangan ini, menunjukkan bahawa tahap kesedaran rakyat Selangor terhadap hak-hak meraka selaku rakayat di negeri ini semakin meningkat dan pastinya selepas ini akan ada lebih banyak lagi gerakan-gerakan rakyat bangkit mendesak kerajaan negeri menuniakan janji.

Situasi ini sudah tentunya akan membuatkan Pakatan Pembangkang pening kepala memikirkan bagaimana hendak mengekalkan momentum kemennagan di Selangor, jika desakan seperti ini terus berlaku. Biarpun pihak kerajaan negeri sering memperlekeh dan menganggap tindakan yang diambil oleh rakyat Selangor ini tidak akan menjejaskan peluang Pakatan mengekalkan kuasa sekali lagi di negeri ini, tapi harus diingat masyarakat akan terus menilai dan kuasa memilih ditangan rakyat.

Akhir kalam, sedikit peringatan kepada isteri para pemimipn dan penyokong Pakatan Pembangkang terutamanya yang berada di negeri Selangor, diharap dapat mengambil iktibar dari masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal ini akibat ditindas haknya oleh kerajaan negeri supaya beringat nasib yang serupa juga akan dialami sekiranya bergelar ibu tunggal nanti tidak kira dicerai hidup atau bercerai mati.

1 ulasan:

  1. makanya..para isteri yg bersuami pemimpin pr...siap sedia ambil peluang selagi ada utk timbun harta dan wang dr pendapatan suami!!...kerna mereka bohong rakyat semudah tipu isteri sdri!!

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..