Selasa, 3 Julai 2012

Jangan Jual Dulu! Saham FGV Dijangka Akan Terus Melonjak Ke Tahap Lebih Menguntungkan

    11:25:00 PTG   No comments

Nilai saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dijangka terus melonjak berdasarkan permintaan terhadap komoditi minyak sawit yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin menasihati peneroka yang memiliki saham FGV agar tidak sewenang-wenang menjualnya kerana saham terbabit akan terus melonjak sehingga ke paras yang lebih menguntungkan.


"Pasaran saham berasaskan komoditi minyak sawit adalah perniagaan yang berasaskan produk sebenar yang sedia ada dan bukannya bersandarkan kepada saham-saham spekulasi atau pasaran hadapan yang boleh dimanipulasi oleh pemain saham tetapi produknya tidak wujud," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan wang bayaran Insentif Tanaman Semula Kelapa sawit kepada 434 peneroka Felda Lembah Klau dan 87 peneroka Felda Tersang 1 di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini. - BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.