Selasa, 3 Julai 2012

Perbicaraan Kes Liwat Anwar Pusingan Kedua Tak Lama Lagi. Mungkin Lepas PRU13?

    3:16:00 PTG   No comments


Pihak pendakwaan dan peguam bela dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima penghakiman penuh daripada mahkamah tinggi semalam.

Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said berkata, pihaknya mempunyai tempoh selama 10 hari bermula semalam untuk memfailkan petisyen rayuan menerima penghakiman penuh dan rekod rayuan.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian  tersebut.

Dalam penghakiman bertulis 80-muka surat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata, mahkamah pada peringkat ini tidak pasti 100 peratus dengan integriti sampel yang diambil dari Saiful untuk analisis yang dilakukan oleh Dr Seah Lay Hong.

Katanya, yang tinggal pada mahkamah ialah keterangan Saiful untuk membuktikan berlaku penetrasi tersebut. Ini sebagai kesalahan seksual, mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

Oleh itu, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.