Selasa, 3 Julai 2012

FGV: Penilaian Harga Berdasarkan Potensi Perkembangan

    9:00:00 PG   No comments

PENGANALISIS menjangka harga wajar Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) adalah antara RM5.50 hingga RM6 sesaham apabila disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun yang lalu.
Ia adalah antara 20 peratus hingga 30 peratus lebih tinggi berbanding harga tawaran awam (IPO) iaitu RM4.55 sesaham.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan mengunjurkan nilai wajar harga saham FGVH itu pada RM5.50 sesaham berdasarkan peningkatan nisbah harga pendapatan 18 kali bagi tahun kewangan semasanya.
FGVH adalah syarikat peladangan yang besar dan kini mengendalikan 343,521 hektar ladang sawit di Malaysia dengan keupayaan pengeluaran 5.2 juta tan buah sawit.
Ia juga sedang dalam peringkat pengembangan dengan pengambilalihan ladang baru dan peluasan aktiviti hiliran yang mana semua ini memperlihatkan langkah pengembangan perniagaan yang menarik dan mampu menarik minat pelabur untuk menyokong kestabilan peningkatan harga sahamnya.
Jika kumpulan itu menggunakan dana IPOnya itu bagi melabur dalam perniagaan di luar sektor perladangan, contohnya hartanah, maka penilaian aliran menaik ke atas harga sahamnya mungkin akan terjejas.
Pandangan yang sama turut dikongsi Ketua Penyelidik InterPacific Research, Pong Teng Siew, apabila beliau mengunjur harga wajar bagi saham FGVH mampu berada pada paras RM5.80 sesaham dalam tempoh sebulan penyenaraiannya.
Penilaian harga itu antara lain berdasarkan potensi pengembangan geografi dan pengurangan kos apabila fokus utama syarikat itu akan menjurus kepada perniagaan di pasaran antarabangsa.
Manfaat kerjasama dengan pelabur asing juga memainkan peranan penting kerana tidak hanya menawarkan saiz ekonomi dari segi operasi, tetapi juga meningkatkan daya saing serta membuka ruang bagi pengembangan perniagaan.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Kim Eng, Datuk Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pula lebih optimis mengenai potensi harga saham FGVH.
Beliau pendapat harga wajar FGVH mampu mencapai paras RM6 sesaham jika tiada sebarang perkara luar biasa di luar jangkaan berlaku.
Kita telah melihat bagaimana prestasi Gas Malaysia apabila IPOnya terlebih langgan banyak kali walaupun berdepan pasaran yang tidak menentu ketika ini.
Namun begitu di pasaran tempatan, kecairan dan kekukuhan syarikat itu sendiri menjadi kekuatannya.
Perkara yang sama dijangka berlaku pada FGVH yang mempunyai kualiti yang sama dari segi kekukuhan kewangan, hasil dividen dan terbabit dalam sektor perniagaan yang betul.
Presiden Persatuan Remisier Bumiputera, Md Hasrin Md Hassim juga meletakkan harga wajar FGVH pada paras RM6 sesaham.
Jangkaan penilaian peningkatan harga saham FGVH itu dibuat penganalisis berdasarkan pemantauan ke atas minat pelbagai kumpulan pelabur dalam dan luar negara yang melanggan saham syarikat itu. Turut diambilkira adalah prospek keuntungan masa depan.
Mereka umumnya berpendapat syarikat yang berupaya meraih harga yang lebih tinggi bagi saham IPOnya adalah syarikat yang mempunyai rekod prestasi baik dari segi kewangan dan operasi.
Ia termasuk asas rangkaian perniagaan yang mantap, sumber dan pelanggan yang kukuh, kumpulan pengurusan terbaik, aset berkualiti, serta terbabit dalam perniagaan yang betul.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.