Isnin, 2 Julai 2012

'Kami Dah Bertaubat Dan Berjanji Tak Akan Buat Jahat Lagi'

    1:25:00 PG   1 comment


Sejak kebelakangan ini, Pas sangat berbangga apabila terdapat beberapa orang artis tanah air yang menggelarkan diri mereka sebagai 'artis yang sudah insaf' menyertai parti politik itu.

Antara artis 'insaf' yang telah menyertai Pas dan bersedia dipergunakan khidmatnya ialah Bob Lokman, Aishah, Hairie Othman dan beberapa lagi selebriti yang bergerak dari satu pentas ke satu pentas ceramah yang dianjurkan PAS.

Apa yang menarik, golongan artis ini langsung tidak menyedari bahawa diri mereka sedang diperguna oleh PAS untuk meraih sokongan rakyat.

Yang malangnya pula, apabila gologan artis sudah insaf ini didoktrinkan dengan dakyah sesat Pas kononnya perjuangan parti itu adalah sebuah pejuangan 'Islam' sebenar dan diredhai Allah.

Bak kata orang tua-tua, kalau hendak belajar ilmu agama jangan berguru dengan orang politik, dikhuatiri akan menjurus kepada kesesatan.

Maklum sajalah sudah masuk  fasa akhir zaman, cakap orang politik dan juga artis ini masing-masing tak boleh dipakai sangat. Banyak yang bohong dari yang benarnya. Masing-masing ada periuk belanga yang hendak dijaga. Takkan kosong-kosong saja.

Suka nak nasihatkan kepada golongan artis yang mengatakan diri mereka sudah insaf ini, bahawa ugama itu letaknya di hati dan bukan untuk menunjuk-nunjuk di pentas ceramah.

Orang yang menghayati Islam dalam dirinya sentiasa menjaga adab dalam bercakap bukan main ikut sedap mulut berbohong, memfitnah dan memutar belit kata-kata.

Esok lusa bila dah terkena, baru ada akai..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. 8 orang jer ker tak sampai 0.0001% artis yang masuk Parti Hampas nie wakakakakak kesiannnnnnnn woiii dah tak laku ...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.