Khamis, 28 Jun 2012

Saham FGVH Naik Mendadak Dalam Masa Singkat, Petanda Tidak Baik Buat Pakatan Haram

    11:29:00 PG   No comments


Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.
FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.
Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.  MALAYSIA KINI

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.