Ahad, 8 Julai 2012

'Felda Tak Bankrap' Pembangkang & Mazlan Aliman Digesa Supaya Meminum Racun Rumpai

    10:00:00 PG   No comments

Malam tadi telah berlangsungnya majlis perasmian Menara Felda yang disempurnakan oleh Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Upacara perasmian ini dibuat bersempena sambutan Hari Peneroka Felda yang ke 56.

Menara Felda setinggi 50 tingkat yang terletak di wiliayah segitiga emas ibu kota Kuala Lumpur itu dibina dengan kos RM700 juta dan diberi tahu juga bahawa nilai semasa bangunan Felda itu sekarang sudah melebihi RM900 juta.

Kini Peneroka Felda sudah boleh berbangga dengan terbinanya mercu tanda ini sebagai simbolik setelah berpuluh tahun membanting tulang manikan taraf hidup keluarga serta membantu Felda dalam mencapai matlamatnya hari ini.

Inilah trangformasi paling nyata selepas penyenaraian FGV di Bursa Malaysia, yang dilakukan oleh Najib Razak selaku menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Felda.


Hampir 20 ribu Peneroka menjadi saksi malam tadi, bertapa hebatnya bagunan milik mereka berdiri megah di celah-celah bagunan pencakar langit, khususnya KLCC.

Dengan tersergam indahnya Menara Felda ini, ia telah membenam segala keangkuhan Pembangkang jauh ke dalam tanah yang selama ini tidak pernah berputus asa mengagalkan segala usaha kerajaan melalui Felda dalam membantu meringankan bebabn serta menaikan taraf hidup rakyat khasnya warga peneroka.

Segala tuduhan dan fitnah Pembangkang yang mendakwa bahawa Felda bankrap akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri merasmikan sendiri menara kebanggaan seluruh Peneroka itu.

Adalah tidak masuk akal apabila Pembangkang mendakwa Felda bankrap, tapi apa yang dapat kita saksikan hari ini Felda mampu membina sebuah bagunan yang begitu indah dan ekslusif di tengah-tengah kawasan segitiga emas, Kuala Lumpur.

Sudah pastinya, usaha Pembangkang untuk menjahanamkan Felda tidak akan berhenti setakat di sini sahaja. Oleh itu, Perdana Menteri bersama barisan kepimpinan Felda serta warga Peneroka diharap supaya lebih waspada dan tidak mudah terpedaya dengan propaganda serta fitnah yang dilempar Pembangkang dalam usahanya untuk melihat negara berada dalam keadaan tidak menentu dan nasib rakyat tidak terbela.

Felda hanya ada satu sahaja di dunia, oleh itu jagalah ia sebaik-baiknya supaya  segala hasil dan titik peluh peneroka selama ini tidak hilang sia-sia begitu sahaja.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.