Isnin, 9 Julai 2012

Menang Atau Kalah, Pas Dan Pkr Tetap Kekal Menjadi Babi Tunggangan Dap Dalam Pakatan

    12:30:00 PTG   No comments


Ramai sudah mengetahui bahawa DAP adalah parti paling dominan serta paling berkuasa dalam gabungan Pakatan Pembangkang yang turut dianggotai oleh Pas dan Pkr.

Hala tuju Pas dan Pkr dalam Pakatan Pembangkang banyak ditentukan oleh Dap jika dilihat dari beberapa isu panas yang timbul sebelum ini.

Walau ia adalah kenyataan yang tidak boleh disangkal, namun Pas dan Pkr tidak dapat menerima tanggapan tersebut dangan alasan ianya adalah propaganda  Umno-BN untuk memecahkan kesepakatan yang terjalin antara Dap, Pkr dan Pas dalam Pakatan Pembangkang.

Kini sudah heboh sana sini dan bukan rahsia lagi, apabila sumber dalaman dari Pakatan Pembangkang sendiri memberi tahu, Dap akan bertanding sebanyak 89 kerusi Parlimen, manakala Pkr sebanyak 66 kerusi dan Pas pula hanya diizinkan Dap bertanding sebanyak 67 kerusi parlimen.

Rekod PRU12 yang lepas menunjukkan, Dap telah berjaya dengan 29 kerusi parlimen, manakala Pkr pula menang di 31 kawasan dan Pas pula hanya mampu menang 23 dari 66 kerusi yang ditandingi.

Secara ringkas, dengan jumlah kerusi yang berjaya dimenangi oleh Dap, Pkr dan Pas pada PRU12 yang lepas, telah membuktikan prestasi Dap jauh lebih baik berbanding dengan rakan-rakanya yang lain dalam Pakatan.

Seandainya quota pembahagian kerusi ini dikekalkan seperti yang dipersetujui oleh mereka dalam Pakatan Pembangkang, maka kita akan dapat lihat jumlah kerusi yang bakal dimenangi oleh Dap lebih banyak dari Pas mahupun Pkr.

Impian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri pada ketika itu menjadi gelap sekiranya Pakatan ditakdirkan menang PRU13 kerana wakil rakyat bukan Melayu dalam Pkr mempunyai potensi besar berpaling tadah dengan menyertai Dap kemudian mengangkat Lim Guan Eng sebagai perdana menteri Malaysia yang ke 7.

Mahu tidak mahu Pkr dan Pas terpaksa berkompromi dengan memberi laluan kepada Dap semata-mata untuk memastikan Barisan Nasional kalah biar pun perinsip parti masing-masing tergadai.

Pendek kata, dalam apa jua situasi sekalipun samada Pakatan menang atau kalah, Dap tetap menjadi faktor penentu hala tuju dalam Pakatan Pembangkang. Pkr dan Pas tetap kekal menjadi babi tunggangan Dap yang diberi peranan sebagai tukang sondol dan pemecah belah kesatuan orang Melayu. Apalah nasib...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.