Sponsored

Ahad, 19 Januari 2014

Apa Lagi Yang Perlu Diperjuangkan Dalam UMNO Kalau Bukan Tembolok Sendiri

rauf-tian-chua-lahad-datu

Wak J: Zaman orang Melayu ditindas oleh pejajah sudah lama berkahir, tak ada apa lagi perlu diperjuangkan UMNO sekarang kerana rakyat kini semuanya sudah hidup selesa, mempunyai kerja, memiliki rumah serta kereta sendiri.

Kalau ada pemimpin UMNO yang berkobar-kobar melaung, melalak sampai terkeluar anak tekak kononya mahu mempertahankan nasib orang Melayu seperti yang dapat kita lihat hari ini, itu hanyalah retorik semata-mata.

Sebab itulah sejak kebelakangan ini, dilihat terdapat segelintir pemimpin UMNO atau orang yang berada disekelilingnya yang diberi tanggungjawab untuk mempertahankan UMNO dan juga amanah menjaga nasib orang Melayu, melakukan kerja mereka sekadar melepaskan batuk ditangga, kadang kala tindakan mereka ini membuatkan orang Melayu rasa menyampah.

Memandangkan zaman memperjuangkan nasib orang Melayu dari penjajah sudah berkahir dan UMNO kini telah menjadi lubuk duit dan tempat untuk mengumpul harta kekayaan, maka dengan peluang yang ada telah diguna oleh golongan yang berkepentingan untuk mengenyangkan tembolok sendiri seperti yang diluah oleh The Selangor Chronicle di bawah ini.

hafarizan-umno-tembolok

Peguam UMNO Lebih Pentingkan Tembolok Sendiri

Boleh jadi peguam UMNO, Hafarizan Haron tidak menyangka, tindakannya mendorong anak guamnya, UMNO Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha Kerjanya, Raouf Jusuh akan dikecam, bahkan dilaknati oleh ahli-ahli UMNO. Sekarang ini pun, Hafarizan sedang sibuk bersilat sana sini sambil meminta bantuan daripada konco-konconya dalam UMNO untuk menyokong tindak-tanduknya itu.

Perlu diingat, peguam-peguam yang sanggup melakukan pembelaan ke atas UMNO dan segala entitinya, merupakan golongan terpinggir dalam komuniti guaman. Peguam-peguam Utusan Malaysia contohnya, tidak sahaja dipinggirkan, bahkan mereka dihina oleh kebanyakan peguam yang berterus-terang menyatakan pendirian mereka yang berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP dan PKR. Manakala peguam yang mewakili agensi kerajaan seperti FELDA pula, lebih cenderung untuk ponteng kerja dan memudahkan tindakan pihak lawan ke atas agensi-agensi terbabit.

Disebabkan itulah, kita dapat melihat banyak keputusan-keputusan mahkamah yang sangat upset terutama sekali membabitkan Utusan Malaysia. Apatah lagi trick peguam-peguam itu pula turut dibantu oleh hakim-hakim mahkamah yang tidak kurang juga enggan terkecuali daripada permainan politik dan '3rd Force'.

Justeru, para peguam ini biasanya memilih jalan selamat iaitu walaupun mengambil upah dari UMNO tetapi akan bermuka-muka supaya mereka tidak terus dipinggirkan oleh komuniti guaman. Setidak-tidaknya, mereka telah 'membuat jasa' kepada pihak yang satu lagi dengan tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugas membela UMNO dan kerajaan.

Kita tidak menuduh Hafarizan sebagai talibarut Pakatan yang menyelinap ke dalam UMNO dan menjadi peguamnya demi mendapatkan keuntungan besar. Namun tindakan menarik balik saman fitnah ke atas Tian Chua dan Mustafa Ali, dilihat agak keterlaluan dan tidak munasabah.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh Hafarizan, hakikatnya, Tian Chua dan para pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan menghentikan tabiat mereka mengaitkan UMNO dengan apa-apa sahaja keburukan dan masalah di negara ini. Walaupun yang mencipta masalah itu datangnya daripada Pakatan Rakyat sendiri, sepertimana yang berlaku di Selangor, yang dipersalahkan kemudiannya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Masakan Hafarizan tidak tahu langsung tentang perkara tersebut atau dia sebenarnya berpura-pura pekak badak dan memilih untuk kerja senang?

Tidak sampai dua puluh empat jam selepas Hafarizan mengeluarkan kenyataan kononnya saman fitnah itu ditarik balik kerana Tian chua memohon maaf dan akan meminta Keadilan Daily menarik balik artikel yang melaporkan tentang kata-katanya, Ahli Parlimen Batu itu dengan tegas menyatakan, persetujuan tersebut tidak mengandungi perkataan MAAF. Malah dia tidak meminta maaf kepada sesiapa pun.

Secara tidak langsung, Hafarizan sudah berbohong dan kebanyakan orang lebih mempercayai Tian Chua berbanding Hafarizan atau mana-mana yang ada cop UMNO sekalipun telah terbukti, Tian Chua adalah pembohong tegar yang sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mempertahankan pembohongannya termasuklah menyaman dan bersungguh-sungguh dalam proses saman yang diambilnya. 

Kerosakan terhadap UMNO diburukkan lagi dengan gelagat peguam-peguam yang berasakan mereka bijak tetapi hakikatnya mereka tidak membantu UMNO memulihkan sokongan terhadap parti itu pun. Mereka ini gagal melihat trend serta kehendak masakini daripada masyarakat pengundi-pengundi muda yang lebih senang berfikir cara singkat dan mahu melihat bukti nyata berbanding terpaksa memerah otak memikirkan maksud sebenar metafora daripada tindakan golongan seperti Hafarizan.

Anehnya, untuk kalangan sendiri, tindakan bukan main pantas dan bukan main detail. Tidak sahaja sangat berani, bahkan sehingga membuatkan UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana pertelingkahan sesama sendiri. Tetapi apabila berhadapan dengan musuh, UMNO biasanya sangat kecut, sangat penakut dan tidak mempunyai daya juang yang kental.

Lebih malang lagi, mereka yang diberikan kepercayaan memimpin parti pula, bersikap seperti enau melepaskan pucuk... cukup untuk memikirkan tembolok sendiri, apa yang nak berlaku kepada parti, itu bukan soal mereka!

2 ulasan:

  1. sungguh meMALUkan umno.jelas jelas keMALUan umno terjulur keluar.sanggup beri maaf pada binatang politik antara yang paling jijik dlm sejarah Malaysoa

    BalasPadam
  2. Aku dah naik menyampah dengan UMNO. Daripada Najib sampai kebawah tak ada yang bertelur...malang sungguh nasib Islam & Melayu di Malaysia..

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..