What A Joke Dude!
Memang kelakar habis video klip ni. Nasib baik wak bukan ahli UMNO, kalau tidak mesti malu gila nak berdepan dengan penyokong Pakatan Pembangkang setelah perangai jelik segelintir ahli UMNO seperti si Zamhuri ditanyangkan di YouTube untuk tontonan umum.
Tak kira masuk UMNO ka, masuk PAS ka, PKR ka atau masuk DAP, segelintirnya yang nak jadi ahli mesti ada agenda tersembunyi termasuklah untuk mendapatkan projek. Biar pun tak menjadi kesalahan, tapi tak perlu terlalu ketara sampai macam ni sekali.
Kerana terlalu marah dan geram tak dapat projek sanggup menyalak masuk DAP. Orang jenis ini, esok lusa kalau terkecewa lagi, mesti sanggup gadai anak bini dan tak mustahil perkara macam ni boleh terjadi.
Walau tidak semua ahli UMNO berpe'el sebegini tapi dengan tingkah laku yang ditunjukan oleh ahli UMNO seperti si Zamhuri inilah membuatkan wak berfikir banyak kali untuk meyertai mana-mana parti politik.
Masuk UMNO atau menyertai mana-mana parti politik semata-mata untuk memenuhkan tembolok sendiri. Selain dari itu, ada juga yang menyertai politik semata-mata nak mensucikan dosa diri sendiri. Minta dijauhilah kita dari jadi manusia sebegini.
Kalau tak silap wak, bekas orang kuat Anwar, Zahid Hamidi jadi pengurusi BN di Perak. Dalam TV hari tu dia ada cakap nak pecat ahli UMNO yang sabotaj parti. Memang dah kena masanya, sila pecat segera si Zamhuri ni, biar jadi peringatan kepada ahli-ahli parti.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..