Selasa, 6 Disember 2011

Suara 'Pembangkang' Dalam Umno Dah Mula Berbunyi

    12:00:00 PTG   No comments

Perhimpunan agung Umno baru sahaja berkahir, kini sudah mula kedengaran suara-suara sumbang dari dalam Umno sendiri mendesak agar Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jallil melepaskan segala jawatan yang disandang hari ini ekoran dari isu NFC milik suaminya.

Desakan yang dibuat itu kononya demi untuk mempertahankan kesinambungan perjuangan Umno pada masa akan datang. Mereka bimbang dengan isu NFC ini akan menjejaskan kemenangan besar Umno pada pilihanraya akan datang.

Sepatutnya disaat akhir sebelum menjelang PRU13, seluruh pemimpin Umno harus menunjukan kesatuan yang jitu di kalangan ahli parti bila berhadapan Pakatan Pembangkang, bukanya sibuk bercerita tentang hal dalam bilik tidur pada masa ini.

Sebelum ini juga desakan agar Shahrizat Jalil berudur dari semua jawatanya dalam kabinet dan parti telah disuarakan oleh Bung Mokhtar MP Kinabatangan, kini seorang lagi pemimpin Umno yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee turut menyuarakan desakan yang sama.

Adakah pemimpin Umno yang membuat gesaan itu bernar-benar pasti sekiranya Shahrizat Jalil melepaskan jawatanya, ia akan membuatkan Umno semakin kuat dan akan menang besar pada PRU13 akan datang?

Desakan yang dibuat ini adalah sesuatu yang amat dangkal di mana Wanita Umno bersama ketuanya sekarang ini sedang sibuk bersiap sedia menyusun gerak saraf untuk menguatkan jentera pilihanraya bagi mejamin kemenagan BN pada PRU13 akan datang, tiba-tiba ada pula suara sumbang mendesak supaya mengundur diri.


Tidak terfikir ke akan kesan dari kenyataan terbuka yang dibuat ini, akan melunturkan semangat wanita Umno yang selama ini begitu berkobar-kobar, bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan calon Umno dan BN bila setiap kali berlakunya pilihanraya.

Jika ada banyak lagi desakan yang keluar dari mulut pemimpin Umno selepas ini menyuruh orang itu dan orang ini meletak jawatan, sudah pasti ia akan merumitkan lagi keadaan. Sudah tentunya kenyataan-kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin Umno ini akan dimanipulasi sehabisnya oleh media Pembangkang sekaligus memberikan mereka peluru tambahan untuk menyerang Umno-BN sampai lunyai.

Kalau benar niat pemimpin Umno ini suci dan ikhlas ingin Shahrizat Jalil meletakan jawatan demi kebaikan dan kesinambungan parti agar dapat diteruskan pada masa akan datang, adalah lebih elok kiranya desakan letak jawatan ini juga turut disarankan kepada Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan dan disaran juga kepada Menteri Asas Tani, Dato Noh Omar agar meletakan jawatan kerana mereka ini juga turut terlibat dalam isu NFC ini.

Kalau betul-betul anak jantan dan cukup berani desak lah!. Jangan dengan orang perempuan sahaja nak tunjuk berani.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.