Isnin, 5 Disember 2011

KR1M: Ada Unsur Sabotaj Dari Dalam?

    10:00:00 PG   No comments

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M. Baca seterunsya di MStar Online


Wak J: Selain dari Nurul Izzah dan Tony Pua, takkan lah ada orang lain pula cuba nak sabotaj usaha kerajaan ni. Cuba kasi tahu sat siapa dia?

Mungkin ini adalah berita yang agak kurang enak untuk didengar oleh penyokong dan pendokong program transformasi kerajaan dalam meringankan bebanan kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat melalui rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)

Dengan tersebarnya berita seperti ini, sudah tentu ia memberikan sedikit kelegaan di hati pemonopoli harga barangan keperluan pengguna yang sebelum ini begitu gusar dengan kemunculan KR1M.

Dan yang paling menggembirakan sekali sudah tentunya para penyokong tegar Pakatan Pembangkang, kerana usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan harga barang keperluan harian dengan kadar  harga yang murah dan berkualiti terbantut dan berjaya digagalkan.

Pastinya Tony Pua dan Nurul Izzah sedang tersenyum puas sambil bergelak guling apabila membaca lapuran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan tentang penarikan balik 13 jenis produk yang dijual di KR1M, kerana segala usaha yang telah dilakukan oleh Pakatan Pembangkang selama ini untuk menjahanamkan program KR1M, telah mula membuahkan hasil dan ianya bukan sesuatu yang sia-sia.

Mungkinkah ada unsur-unsur sabotaj yang cuba dilakukan oleh pembekal dan pengeluar terhadap produk barangan yang dipasarkan di KR1M, supaya setiap produk yang ada di kedai itu kelihatan bermasalah dan membahayakan keselamatan pembeli.

Pihak Kerajaan melalui Kementerian yang dipertanggungjawabkan, perlu megambil langkah pantas dan bijak untuk mengatasi segala isu yang berbangkit berkaitan dengan KR1M, sebelum ia dijadikan modal dan disebar luas oleh anasir-anasir jahat dan pendengki-pendengki yang selama ini hanya menunggu peluang untuk mengagalkan usha murni yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan.

Selain itu juga diminta agar pihak Kementerian yang menjaga hal ehwal pengguna dapat mendedahkan senarai pembekal-pembekal barangan keperluan yang bermasalah ini kepada orang ramai, supaya produk barangan keperluan harian yang dikeluarkan oleh mereka ini tidak lagi di pasarkan di KR1M pada masa akan datang.

Apa yang pasti isu ini akan dijadikan cerita sensasi oleh pemimpin dan penyokong tegar Pakatan Pembangkang tidak kira di media cetak atau alam siber. Buat penyokong kerajaan, bersediakah kita untuk menjawab apa jua isu yang timbul ekoran dari cerita penarikan ini?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.