Masih ada lagi kedengaran suara-suara yang teruja sangat ingin melihat ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil berundur dari jawatan dalam parti dan kabinet. Memang sia-sia sahaja bila jawapan yang diberi bagi menjawab segala tohmahan pembangkang dalam isu NFC selama ini sejak ia dibangkitkan, sama ada di laman sosial dan juga blog. Akhirnya ini balasan yang diterima dari pemimpin atas.
Wak ingatkan perkara ini sudah senyap buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada penyusunan strategi dan jentera pilihanraya agar dikemaskini hingga ke saat akhir sebelum PRU13 membuka gelanggang tempur. Tapi tidak, masih ada juga yang teringin atau gatal mulut nak menyuarakan pendapat peribadi setelah persiapan rapi diatur. Dah terlambat, kerana ini bukan masanya untuk menyalahkan sesama sendiri.
Letih dan naik jenuh juga bila tengok perangai orang Melayu yang berada dalam parti politik yang dianggap sangat bermaruah oleh ahlinya, tapi sayang tiada semangat setia kawan yang mantap untuk mempertahan segala tohmahan yang dibangkitkan oleh pihak lawanya iaitu dari Pakatan Pembangkang.
'Game Plan' yang dimainkan oleh Pakatan Pembangkang dilihat sudah berjaya dan meresapi ke dalam diri ahli Umno, kerana isu desakan awal agar Sharizat melaktak jawatan dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang dan akhirnya suara-suara mereka ini menjadi nyayian di dalam Umno itu sendiri.
Wak sarankan kepada Shahrizat Jalil sekiranya tidak boleh tahan dengan segala desakan yang bebankan di atas bahu kamu itu, lepaskan sahaja jawatan yang disandang, dengar lah kata-kata mereka yang lebih berpengalaman dan sangat cerdik ini.
Cuma wak nak pesan di sini jika ingin mengudur diri, buat lah pada masa yang sesuai iaitu setelah pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri. Sudah pasti pada waktu itu rakyat akan melihat bertapa kucar kacirnya parti keramat orang Melayu, apabila seorang ketua Wanita yang selama ini menjadi Jeneral perang kepada seluruh angkatan wanitanya, berehat di ladang sambil memberi makan pada lembu-lebu ternakan di kandang.
Memang benar lah kata pepatah Belanda, bahawa amat mudah untuk menjaga 8000 ekor lembu dari menjaga segolongan manusia yang terdiri dari pelbagai macam ragam dan karenah. Cuba lah anda semua bayangkan disaat pergerakan wanita Umno sedang kuat, tiba-tiba ketuanya berhenti meletakan jawatan dari melaksanakan tugas. Apa yang akan terjadi pada masa itu?
Maaf cakap lah wak bukan nak menyebelahi sesiapa pun, tapi terasa geram pula bila melihat orang Melayu susah sangat hendak bersatu dan lebih suka menembak kaki rakan sendiri apabila berada di medan perang. Desakan untuk meletak jawatan disaat akhir bagi seorang yang bergelar ketua sebelum turun ke medan tempur adalah satu tidakan yang kurang bijak dan boleh menyebabkan moral serta semangat bala tentera yang selama ini gigih berlatih unutk menghadapi pihak lawan akan terus jatuh merudum sehingga menyebabkan satu pasukan mati bergelimpangan bila peperangan sebenar berlaku nanti. Fikir-fikirkan lah kalau betul-betul nak menang pilihanraya akan datang.

Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..