Jumaat, 23 Mac 2012

Shahrizat Kekal Ketua Wanita Umno..Kamilia Bakal Pengganti Mak Lampir PKR

    11:20:00 PTG   No comments

Wak J: Ketua Pemuda Umno Bahagian Cheras, Syed Ali dan Naib Ketua Wanita Umno, Kamilia Ibrahim  sepatutnya merasa malu di atas segala desakan yang dibuat oleh mereka sebelum ini kerana mendesak Shahrizat Jalil berundur dari jawatan dalam parti.

Melihat sokongan yang dizahirkan oleh Presiden Umno sendiri bersama ribuan perwakilan wanita yang lain yang hadir telah membuktikan bahawa Shahrizat Jalil masih lagi releven untuk menerajui kempimpinan Wanita Umno untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 13.

Diharap selepas ini tiada lagi kedengaran suara salakan sumbang dari mana-mana pemimpin Umno mendesak agar Shahrizat Jalil meletakkan jawatanya selaku Ketua Wanita Umno disaat semua ahli dan kepimpinan Umno BN bersiapsedia bertempur dengan Pakatan Pembabgkang di medan pilihanraya.
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal memegang jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, kata Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.

"Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu Perbadanan Fidlot Nasional) melibatkan keluarganya.

"Namun atas dasar dan prinsip kita (Umno) kerana tidak ada kesalahan yang terbukti, maka tiada sebab jawatan (Ketua Wanita) harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib kepada pemberita selepas memberi taklimat pada Perhimpunan Wanita Umno di sini, Jumaat.

Antara yang turut hadir pada perhimpunan itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib berkata, jawatan Shahrizat sebagai ketua sayap itu adalah berdasarkan pemilihan sendiri oleh para anggotanya.

Shahrizat baru-baru ini mengumumkan akan berundur daripada jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selepas tamat tempoh senatornya pada 8 April ini dan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Bagaimanapun, Naib Ketua sayap itu, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa agar Shahrizat meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”

Dalam pada itu, Najib berkata, harapan beliau supaya pergerakan Wanita Umno akan bekerja kuat untuk pilihan raya umum akan datang.

“Pergerakan Wanita (Umno) telah sebulat suara, seia sekata melahirkan kesanggupan dan komitmen tinggi untuk bekerja dengan sepenuh hati dan bersunguh-sunguh bagi mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional (BN).

“Saya dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu dengan Datuk Seri Shahrizat dan Datuk Kamilia. Dan kedua-dua pemimpin Wanita ini akan bekerjasama sepenuhnya selepas ini, turun padang sebagai satu pasukan bersama anggota-angota yang lain.

“Ini supaya Wanita merupakan satu pasukan yang jitu dan kukuh, dapat menggalas tanggungjawab yang diletakkan ke atas pergerakan Wanita.

“Saya akan memastikan mereka akan bekerjasama sebagai satu pasukan sepenuhnya kerana ia penting, memandangkan sayap ini amat berfungsi dengan baik menerusi komitmen yang penuh,” kata Najib.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.