Sabtu, 24 Mac 2012

Gagal Bayar Hutang PTPTN Punca Roh Si Mati Tidak Tenteram

    10:00:00 PG   No comments


Kelab Anak Ikan Anwar Ibrahim (AIC) yang diwakili oleh individu-individu yang masih lagi gagal menjelaskan hutang PTPTN hingga ke hari ini sangat menyambut baik kesediaan Pakatan Pembangkang membatalkan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Hasrat murni Pakatan Pembangkang membatalakn skim pinjaman PTPTN ini merupakan satu langkah ke belakang yang mana ia akan menyebabkan lebih ramai pelajar lepasan SPM dan STPM yang layak dan kurang berkemampuan tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Cakap lebih mudah dari melaksanakan, dengan hanya berpandukan kepada kitab suci Buku Jingga semua perkara yang berkaitan dengan isu pendidikan rakyat akan selesai dengan mudah tanpa perlu berbuat apa-apa.

Pinjaman PTPTN bukanlah satu paksaan kepada para peminjamnya. Sesiapa sahaja yang bersetuju untuk meminjam melalui skim ini bermakna individu tersebut bersedin untuk membayarnya setelah tamat pengajian atau sudah melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Kegagalan bekas geraduan pendidikan tinggi menjelaskan hutang mereka bukanlah disebabkan tempoh masa yang diberi untuk melunaskan hutang mereka singkat atau kurangnya peluang pekerjaan di negara ini. Tapi berpunca dari sikap mereka sendiri yang liat membayar hutang dan memilih bidang pekerjaan.

Duit Pinjaman PTPTN bukan datangnya dari sumbangan keluarga Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Lim Kit Siang. Tetapi duit tersebut datangnya dari hasil titik peluh duit pembayar cukai yang merelakan duit mereka dipinjam untuk melihat anak bangsa berpeluang melanjutkan pelajaran.

Adat meminjam atau berhutang MESTI dibayar kembali. Tiada istilah HALAL selagi rakyat yang memberi pinjam duit tersebut tidak menghalakannya dunia dan akhirat. Selagi hutang tidak dilangsaikan bukan sahaja hidup di dunia merasa terbelenggu, malah hingga ke mati pun belum tentu lagi roh kita akan merasa tenteram.

Sepatutnya Kelab Anak Ikan Anwar ini lebih menekan soal bertapa pentingnya membayar hutang dan juga kesan-kesan yang bakal ditanggung ketika masih hidup atau sesudah mati sekiranya gagal membayar hutang. Bukanya menggalakan lagi si penghutang ini agar tidak membayar hutang

Kalau betul niat Pakatan Pembangkang ini suci untuk membantu meringankan beban hutang yang ditanggung oleh bekas geraduan universiti yang masih menganggur ini, apa kata mereka mengumpul dana sendiri untuk melangsaikan segala hutang-hutang tersebut. Barulah dilihat Pakatan Pembangkang betul-betul prihatin untuk membela nasib rakyat. Jangan sembang  kotei dah ler...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.