Biar benar! Punyalah besar negeri Selangor ini, hanya 20 premis atau kedai serbanika yang ada menjual arak dikenakan tindakan sepanjang empat tahun Pakatan Haram memrintah. Melalui tindakan yang telah diambil ini, ia membuktikan bahawa arak masih HALAL dijual di Selangor.
Jika kita lihat secara realitinya di luar, akan kita dapati hampir semua kedai serbanika yang terdapat di negeri Selangor ini ada menjual arak secara terbuka, penjualan arak secara terbuka ini seolah-olah ia telah mendapat restu dari pihak tertentu. Apa yang menyedihkan ialah orang Islam sendiri turut terlibat samada membeli atau menolong menjual benda haram tersebut.
Di Shah Alam misalnya, yang mana kawasan ini merupakan kawasan mejoritinya Melayu Islam kini sudah ada premis yang menjual arak. Sebelum Pakatan Pembangkang mengambil alih negeri Selangor, memang payah nak jumpa kedai serbanika yang ada menjual arak.
Keadaan sekarang sudah berubah semenjak Pakatan Pembangkang berjaya menawan negeri Selangor dari kerajaan sebelumnya. Arak sudah mula dibawa masuk secara meluas dan diedarkan ke seluruh pelusuk negeri Selangor tanpa mengira tempat atau menjoriti penduduk yang mewakili sesuatu kawasan itu.
Kejayaan BESAR yang diwar-warkan oleh Khalid Gagap dalam membentras penujalan arak secara haram atau terbuka di sepanjang Pakatan Haram memerintah negeri Selangor ini merupakan satu lagi bukti kegagalan Pakatan Haram mentadbir urus negeri Selangor, baik dari segi ekonomi dan juga kehidupan sosial rakyat sekelilingnya.
Semenjak isu pemulangan kembali arak yang dirampas oleh Penguatkuasa Agama Negeri Selangor tak lama dulu atas campur tangan Ronnie Lew, aktiviti membenteras penjualan arak secara terbuka di Selangor semakin perlahan dan adakalanya hampir tiada langsung.
Sebab itulah dalam beribu-ribu premis yang ada menjual arak di Selangor, hanya 20 sahaja yang dikenakan tindakan. Itu pun sekadar untuk mengaburi mata orang Islam kononya Exco Agama Islam Selangor yang ada sekarang ini amat mengambil berat akan sesitiviti umat Islam berhubung isu penjualan arak secera terbuka dan tanpa kawalan di Selangor.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..