Sabtu, 7 Januari 2012

Raja Petra..Si Kucing Tua Yang Tak Bergigi

    12:02:00 PTG   No comments

Tolong..tolong Tok Najib..ada hantu mau bonceng sama gua

Bagai dikejar roh Altantunya, itulah situasi terkini yang sedang menghantui hidup Raja Petra Kamaruddin yang juga merupakan penulis 'wahyu' untuk panduan sekalian umat Pakatan Pembangkang di laman 'kitabnya' iaitu Malaysia Today.

Angin tak ada, ribut pun tak melanda, tiba-tiba sahaja muncul kelibat si Kucing Tua ini menghentam bosnya sendiri iaitu Anwar Ibrahim. 'Anwar Gay, pemimpin yang mempunyai masalah moral', itulah antara ayat yang disebut oleh Raja Petra semasa di wawancara oleh akhbar berita mingguan Utusan beberapa hari lepas.

Adakah Raja Petra sudah berpatah arang dan kembali bertaubat atau luahan hatinya itu hanya sekadar satu sandiwara untuk mengembalikan semula kredibeliti dirinya yang setelah sekian laman hancur. Namun apa yang cuba dilakukan ini semuanya sudah terlambat dalam erti kata lain tiada maaf bagi mu.

Wak yakin, Raja Petra sekarang ini sedang berada dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan diri setelah melihat keadaan Anwar Ibrahim kini boleh dibarat seperti terlur di hujung tanduk. Mungkin juga wang sara hidup bagi menampung keluarganya di luar negara sudah disekat hingga membuatkan dirinya meroyan macam orang kehilangan bini.


Segala dakwaan yang dilontar oleh Raja Petra terhadap Anwar disaat akhir ini tidak memberikan apa-apa kesan besar kepada BN semasa PRU13 nanti, kerana ramai yang sudah mengenali siapa si kucing tua ini. Benarlah seperti apa yang dikata oleh bekas Setiausaha PKR Selangor dalam klip video di atas yang menegaskan bahawa kita tidak perlu mengambil port sangat tentang apa yang diluahkan oleh si kaki fitnah tegar Pakatan Pembangkang ini.

Diseru juga kepada ahli PKR yang masih berada dalam parti agar keluar beramai-ramai sebelum mendapat malu besar setelah Anwar didapati bersalah kerana meliwat seoarang anak muda pada 9 Januari depan. Tahniah juga diucapkan kepada bekas ahli PKR dan kepimpinan lain, yang mana telah mula sedar dan kenal lebih awal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Buat renungan Anwar Ibrahim dan Raja Petra, sesungguhnya pintu taubat masih lagi terbuka.....

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.