Sabtu, 18 Februari 2012
Beranikah Anwar Mengecam Media Milik Yahudi Kerana Memeprdajalkanya. Atau....
WakJ Zoner
12:01:00 PG
No comments
Wak J: Ramai yang sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar Ibrahim dan Yahudi memang tidak boleh dipisahkan lagi, dibarat bagai isi dan kulit.
Anwar Ibrahim di sepanjang hidupnya sudah terlalu banyak termakan budi yang ditabur oleh Yahudi melalui pertubuhan sulitnya yang berselindung di sebalik nama demokrasi dan hak asasi. Kelihatan seperti sudah tiada jalan untuknya kembali.
Selepas Wall Street Journal, kini tiba pula giliran Jurusalem Post mengesahkan lagi kenyataan Anwan Ibrahim yang sebelum ini begitu mengambil berat terhadap isu keselamatan negara haram Israel.
Apa yang pelik dan menjadi tanda tanya ialah kenapa dan mengapa Anwar Ibrahim tidak mengecam laporan yang ditulis oleh media Yahudi ini seperti mana dia menuduh pihak media tempatan sengahaja memutar belit kenyataannya tepoh hari di dalam WSJ.
Antara Yahudi dan Nasrani, ada Anwar Ibrahim tersepit di tengah-tengahnya. Masak Anwar kali ini kerana rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang terutama dari Parti Islam Pas dah mula bimbang akan perkara ini. Nik Ajis sendiri pun dah mula naik malu dan bengang apabila ditanya oleh wartawan berkenaan isu sokongan terhadap negara haram Yahudi yang disuarakan oleh kepimpinan utama Pakatan Pembangkang.
Amat memalukan, tidak pernah lagi kita dengar dalam sejarah ketamadunan Islam sebuah Parti Islam sanggup bersekongkol dengan rakan kafirnya menyokong penubuhan negara haram Israel. Adalah lebih baik PAS dengan serta merta keluar dari Pakatan sebelum keadaan parti Islam itu akan jadi lebih busuk dan ditolak oleh orang Islam sepenuhnya.
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.
Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.
"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.
Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.
Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.
Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."
Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam. SUMBER UTUSAN MALAYSIA
Tentang WakJ Zoner
Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bilik Sewa Murah
Pilihan Pembaca
-
Semenjak kena tinggal sorang2 di rumah tanpa ditemani isteri dan anak2 di sisi. Tak banyak aktiviti yang berfaedah dapat dilakukan diwaktu m...
-
Tajuk hangat..gambar panas..Benarkah wanita melayu zaman sekarang gemar membuat perkara sedemikian? Sejak mula wujudnya laman-laman sosi...
-
TAHNIAH buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Memang tidak sia-sia wak beli tiket yang berha...
-
Hari ini wak tak mahu bercerita bab politik. Tapi cerita kali ini lain sedikit, bukan sahaja orang biasa suka dengar cerita ni, malah o...
-
Kalau bab nak bagi orang ' STIM' atau 'NGANG' atau bab cerita tutuh menutuh orang serahkan aja pada Papa Gomo, semang...





Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..