Khamis, 16 Februari 2012

Anwar Ibrahim Masuk Hindu?

    10:30:00 PG   1 comment


Lebih hindu dari hindu itu sendiri. Seluruh penyokong Pakatan Pembangkang tergamam sehingga tidak mampu berkata apa-apa setelah gambar idola kesayangan mereka, Anwar Ibrahim 'masuk hindu' tersebar di ruangan maya.

Wak sendiri pun tidak tahu nak tulis apa tentang peristiwa yang berlaku dalam gambar tersebut. Hanya mampu mengucap panjang sahaja yang apabila melihat dahi 'Imam Mahdi' PKR dicalit dengan tanda merah di hadapan api yang sedang menyala-nyala (lihat gambar).


Wak tidak mahu mengulas panjang lebar tentang apa yang sudah berlaku kepada manusia 'anugerah tuhan' ini semenjak dia dibebaskan dari pertuduhan meliwat pada 9hb Jan yang lepas. Mungkin apa yang terjadi ini adalah sebahagian daripada balasan tuhan yang ditunjukkan kepada kita untuk lebih mengenali siapa sebenarnya manusia bernama Anwar Ibrahim.

Kepada kita yang berakal dan masih belum lagi diliwat pemikiran ini, diharap dapat menolak Anwar Ibrahim secara total. Kerana perbuatanya yang sanggup membuat apa sahaja demi meraih sekelumit simpati undi orang bukan Islam, boleh dianggap sebagai keterlaluan dan melampau. Mana mungkin rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam, menerima individu yang sudah terpesong pengangan akidahnya diangkat sebagai pemimpin.


Seperti mana saranan Karpal Sink beberapa tahun lepas menyuruh Anwar Ibrahim bertaubat, sekali lagi wak mengulangi saranan tersebut mendesak agar Anwar Ibrahim bertaubat dengan sebenar taubat sebelum terlambat. Kerana apa yang dapat kita lihat ini jelas ternyata pegangan akidah Anwar kelihatannya sudah terbarai sama sekali.

Diharap selepas ini akan muncul para ugamawan yang berani mentarbiahkan Anwar Ibrahim, mengajar bagaimana cara untuk menjadi seorang muslim yang baik dan sejati. Kepada penyokong taksub Anwar, masih ada lagi ruang untuk kembali ke pakal jalan. Jangan kerana ego dan taksub kita pada seseorang, kita menghalalkan apa sahaja yang mereka lakukan. Akhirnya ia akan merugikan diri sendiri.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. Sepatot nya cucuk kawadi utk hapuskan dosa dosa nya...!

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.