Rabu, 1 Februari 2012

Bukti Soheh! Hasan Ali Ditolak Oleh Penduduk Bandar Baru Bangi

    10:00:00 PG   1 comment

 

Salam, Road Show Hasan Ali malam tadi yang berlangsung di Bandar Baru Bangi telah mengusarkan hati banyak pihak, terutama sekali dari kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Pembangkang.

Segala usaha sabotaj yang dilakukan oleh 'syaitan' dan parasit-parasit upahan pemimpin Pakatan untuk menghalang Hasan Ali dari terus mendedahkan pekung mereka, nampaknya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada Hasan Ali.

Sesiapa sahaja yang berpeluang mengikuti Road Show Hasan Ali dari dekat pasti akan berasa teruja setelah mendengar amanat-amanat penting yang disampaikan terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan Islam, orang Melayu dan juga Raja-Raja (IMR).

Kehadiran sekelompok manusia yang berkupiah putih malam tadi juga memberi satu gambaran bahawa masih terdapat dari kalangan ahli Pas yang menolak fahaman Anwarisme dalam Pakatan Pembangkang.

Disaat wak menulis artikel ini, jam sudah menunjukan 2.30 pagi. Oleh kerana wak tak mahu beleter panjang dan mata pun sudah mengantuk. Wak ingin menyampaikan satu pesanan penting kepada kita semua tentang malapetaka dahsyat yang bakal melanda negara tercinta ini sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

 
 
Hasan Ali dalam peringatanya malam tadi telah menegaskan sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya, Malaysia akan bergabung semula dengan Singapura, di mana DAP dan PAP akan menjadi 'tuan besar' dalam Pakatan sekiranya hal ini menjadi realiti.

Mungkin ada yang menjuih bibir bila mendengar atau terbaca tentang hal ini dan merasakan apa yang disebut itu tak mungkin akan terjadi. Tapi ingat lah, perkara seperti ini bukan sesuatu yang mustahil. Cuba bayangkan jumlah kerusi Parlimen yang bakal mereka miliki sekiranya kedua-dua parti kafir ini bergabung?. Tentu anda sedang terbayang sesuatu perkara buruk akan berlaku bukan? Beringat sebelum terlambat supaya kita tidak menyesal dikemudian hari.













WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. Memang best ceramah ustaz hassan...aku pegi malam tu..PRU 13 ni kita tentang PAKATAN..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.