Selasa, 31 Januari 2012

Gelaran 'Professor' Ditarik.. Aziz Bari Dinasihat Jangan Ikut Perangai Nizar Lambai

    8:30:00 PTG   No comments


Wak J: Aduhai..Mana mahu diletak muka ini. Kasihan sungguh nasib yang menimpa Aziz Bari. Gelaran Professor yang disandang selama ini telah ditarik balik kerana tidak lagi berkhdimat di pusat pengajian tinggi.

Agak terkezut juga bila mendenger berita seorang yang begitu pakar dalam soal perlembagaan dan undang-undang negara ditarik gelaranya sebagai seorang professor yang sangat dikagumi oleh penyokong Pakatan Pembangkang.

Hilangnya gelaran 'Professor' maka segala hujah dan fakta yang bakal keluar dari mulut Aziz Bari pada masa akan datang tidak lagi boleh diktiraf sebagai berkredibiliti. Tahap ke intelektualanya jatuh tersungkur di bawah telapak kaki. Ini lah akibat kalau terlalu angkuh dan sombang dengan ilmu yang dipinjam hanya untuk sementara sahaja.

Jangan ingat bila kita pandai, kita tahu semuanya, bermakana kita berada dipihak yang benar, dan pihak yang lain dianggap salah kerana tidak sependapat. Sepakar mana sekalipun si Aziz Bari dalam bidangnya, dia tetap tidak boleh berbuat sesuka hati, kerana dalam kehidupan manusia ini sentiasa ada had dan batasanya.

Baru mendapat sokongan dari sebilangan kecil kelompok ahlul pembangkang dan mahasewel, tidak menjadikan Aziz Bari sebagai insan yang 'untouchable'. Lihat sekarang apa sudah jadi, Aziz Bari akhirnya menjadi seorang penganggur yang berpendidikan tinggi. Diharap ada pihak universiti yang besimpati dengan nasib Aziz Bari dan sanggup mengambilnya bekerja sebagai pensyarah semula bagi mengembalikan gelaran 'Professor' yang telah ditarik itu.

Puak mahasewel Adam Adli dan SMM sudah boleh mengadakan satu lagi demo haram mendesak agar gelaran 'Prosfessor' yang pernah diguna oleh Aziz Bari sepanjang dia berkhidmat dan makan gaji bersama Kerajaan dipulangkan kembali.

Satu cabaran dari wak kepada Aziz Bari. Beranikah dia mengeluarkan satu kenyataan berkaitan penarikan gelaran professornya dengan menyatakan bahawa dirinya tidak terkesan sedikit pun dengan penarikan balik gelaran tersebut. Diharap juga ada pihak Pas yang pandai bab ugama dapat menasihati Aziz Bari agar jangan ditangisi gelaran professornya itu, sambil memberi tahu padanya bahawa segala jawatan yang ada di dunia ini tidak akan dihisab bila berada di alam kubur nanti.

Diharap selepas ini, Aziz Bari tidak mengikut jejak langkah bekas menteri besar Perak iaitu Nizar Lambai, yang masih lagi meroyan hingga ke hari ini dengan gelaran 'MB' setelah kerajaan DAP Perak tumbang kerana tiada sokongan mejoriti akibat ahlinya melompat parti.

Aziz bari...Lu kena beb...

 
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca Utusan Malaysia, SAKINAH melalui ruangan Forum akhbar itu pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.