Selasa, 31 Januari 2012

Parasit Anwarinas Menghasut Penduduk Bandar Baru Bangi Boikot RoadShow Hasan Ali

    2:19:00 PTG   No comments


Jika diikut jadual, malam ini Hasan Ali akan berada di Bandar Baru Bangi, Selangor. Seperti yang kita sedia maklum tujuan beliau melakukan siri jelajah ini adalah untuk memberi penjelasan kepada rakyat terutama sekali ahli Pas tentang konflik yang sedang berlaku dalam Pakatan Pembangkang.

Jika sebelum Hasan Ali dipecat dari Pas, segala konflik atau pergolakan yang berlaku pada gabungan tiga parti dalam Pakatan Pembangkang disapu bersih ke bawah karpet dan ahlinya disuruh diam dari membincangkan apa jua masalah yang timbul secara terbuka. Namun setelah pemecatantnya, segala pekung busuk yang tersimpan rapi selama ini, sudah mula terburai satu persatu dan berbau sangat busuk.

Bandar Baru Bangi merupakan kubu kuat Pas sejak sekian lama. Kawasan yang mejoritinya Melayu ini dianggap sebagai kubu kuat Hasan Ali dari kalangan orang Pas. Untuk mengetahui sejauh mana kebenaran bertapa hebatnya pengaruh Hasan Ali seperti yang pernah didakwa oleh ramai pihak sebelum ini, ayuh kita turun beramai-ramai untuk melihat samada pengaruh Hasan Ali masih berakar umbi lagi di sini atau telah mula lenyap perlahan-lahan akibat dipengaruhi oleh parasit-parasit yang dihantar oleh Anwar Ibrahim untuk menjahanamkan Parti Islam Pas.


Wak J: Malam ini wak dijangka turun...kita jumpa di sana!

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.