Selasa, 7 Februari 2012

Pakatan Haram Pening Lalat Bila PM & TPM Beri Tumpuan Lebih Di Selangor

    11:29:00 PTG   No comments


Barangkali Ajk Pas Pusat bernama Idris Ahmad ini sedang menghirup air basuhan daun ketum ketika ditemuramah oleh wartawan Haprakdaily.

Kebimbanganya jelas tepancar dari setiap kenyataan yang dibuat berhubung isu tumpuan yang berlebihan yang diberikan kepada rakyat Selangor sejak akhir-akhir ini oleh Perdana Menteri dan Timbalanya.

Untuk menyedapkan hati penyokong Pas di Selangor yang kini sedang berada dalam delima semenjak pemecatan Hasan Ali dari Pas, Idris Ahmad menyatakan bahawa Pakatan Rakyat di Selangor semakin hari samakin mendapat sokongan dari orang bukan Melayu dan juga Melayu.

Sebenarnya, penolakan orang Melayu terhadap Pas telah lama berlaku semenjak parti politik yang mendokong perjuangan Islam itu mengangkat Komunis DAP sebagai rakan karib dalam gabungan Pakatan Pembangkang bersama PKR.

Buktinya, saban minggu kita akan didendangkan dengan cerita ahli-ahli Pas yang keluar parti beramai-ramai kerana terlalu kecewa dengan perjuangan Pas yang dilihat kini sudah terpesong jauh sehingga tidak dapat dipulihkan, akibat terlau kemaruk hendak menawan Putarjaya.

Sesungguhnya, untuk mempertahan kemenangan yang sudah tercapai itu lebih payah, nak-nak lagi bila PM dan TPM sendiri kerap turun memberi semangat dan penekanan kepada seluruh jentera perang sarafnya dalam BN, tentang bertapa pentingnya mengapa negeri Selangor perlu ditawan kemabali.

Memang wajar, AJK Pas Pusat ini menyuarakan kebimbanganya terhadap situasi yang sedang berlaku di negeri Selangor. Tumpuan yang lebih diberikan kepada Selangor ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh BN bagi menjamin kemenangan pada PRU13 akan datang.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.