Khamis, 29 Mac 2012

Daftar Jadi Pemilih Sekarang! Jika Tak Mahu Malaysia Dijahanamkan DAP,PAS & PKR

    4:30:00 PTG   No comments


Walau masa sudah semakin suntuk, tapi masih sempat lagi kepada sesiapa sahaja yang layak dan belum mendaftar sebagai pengundi pergi mendaftar di pejabat SPR atau pejabat POS yang berdekatan sebelum hari Ahad ini.

Kepada rakan-rakan pembaca blog, facebookers atau sesiapa sahaja di luar sana terutama sekali golongan belia yang berbangsa Melayu, disaran supaya pergi mendaftar sebagai pemilih baru. Kerana sesuatu yang tidak diingini bakal berlaku, sekiranya kita mengambil mudah tentang bertapa pentingnya menjadi pemilih.

Disaat pengumuman oleh SPR tentang tarikh akhir pedaftaran, golongan belia kaum Cina sekarang kini sedang sibuk mendaftarkan diri mereka untuk menjadi pemilih. Ada yang bertanya masih sempatkah lagi kalau hendak mendaftar sebagai pengundi sambil memberi isyarat akan mengundi DAP.

Semua ini berlaku atas dorongan pemimpin DAP yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau pesanan yang dihantar ke laman sosial seperti Facebook dan Twitter, menyeru belia Cina pergi mendaftar sebagai pemilih dengan segera untuk menjamin kemenangan calon DAP yang bakal bertanding nanti.

Diharap, dengan kesempatan waktu yang ada ini dapat dimanfaatkan oleh golongan muda dan belia Melayu agar turun ke pejabat SPR atau POS yang berhampiran untuk mendaftar sebagai pemilih. Kepada anak muda Melayu yang selama ini tidak begitu peduli akan perjalanan politik tanah air atau tidak pernah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Tolonglah! Tunaikan tanggungjawab anda dengan pergi mendaftar sekarang!

Ingat!! Setiap undi yang kita beri kepada PAS & PKR, ia akan memberi kemenangan mutlak kepada parti komunis DAP. Jika kita tidak mahu melihat Malaysia dari dijahanamkan oleh puak-puak ini, pada PRU13 akan datang, buatlah pilihan yang dirasakan tepat dan boleh menjamin masa hadapan diri, keluarga dan cucu cicit kita.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.