Khamis, 29 Mac 2012

Subsidi Minyak Ditambah, Bukti Kerajaan Tidak Bankrap

    3:00:00 PTG   No comments


DIKALA negara serantau terutama Indonesia menaikkan harga minyak, negara kita yang tercinta ini mengekalkan harga produk petroluem tersebut dengan menambah 10 sen bagi setiap satu liter.  Jumlah itu nanti di darabkan lah dengan jumlah keseluruhan liter penggunaan minyak dalam negara kita.

Silap-silap kosnya mau memakan bilion.

Sudah tentu pembangkang akan kata tindakan ini untuk memancing undi - macamlah yang depa janji segala bulan dan bintang dalam buku Jingga dan luar buku Jingga itu bukan sebab nak pancing undi.  Pancing undi juga tapi sebab depa yang buat, taklah mahu digambarkan begitu.

Pedulilah pancing undi atau tidak, yang penting kerajaan BN sekarang laksana apa yang dia janji dan cakap, sementara puak-puak pakatan harami ini janji, buatnya belum tentu.  Kalau Selangor dijadikan contoh, dari 31 janji manifesto 2008, yang baru dilaksanakan hanya 1, itupun sedang mengalami banyak masalah sekarang ini.

Dari bekalan yang hampir tidak cukup, sehingga kepada pemberian yang tidak menyeluruh (rumah pangsa tak dapat).

Keupayaan kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menguruskan ekonomi dengan baik inilah yang rakyat perlu timbang dan ambil berat.  Disebalik segala macam pemberian yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2011, Oktober tahun lepas, kerajaan masih berjaya mengekalkan pemberian subsidi dan manfaat sedia ada.

Kalau kerajaan bagi BR1M tapi kurangkan bantuan penerima dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) umpamanya, itu cerita lain, masalahnya sekarang ini BR1M beri juga, wang bantuan dibawah JKM tak kurang sesen pun.

Jangan kita baca apa pembangkang tulis, semua pun rugi, semua pun tak jadi, penyelewengan sana sini dan sebagainya.

Itu kata mereka tapi rakyat boleh nilaikanlah sendiri macam mana kebolehan dan kebijakan kerajaan BN ini menguruskan kewangan negara dengan baik.

Memang penulis akui, minyak kita tidak akan kekal selamanya murah seperti sekarang, itu adat.  Sama juga, tidak akan ada sesiapa pun yang rela gajinya sama setelah bertahun-tahun berkhidmat.  Sampai satu masa kerajaan akan mengkajinya semula tapi percayalah kerajaan akan memastikan rakyat mempunyai wang untuk menampung kenaikan tersebut.


Pembangkang pun tak berani nak janji harga minyak akan kekal selamanya pada paras mana yang mereka janjikan sekarang.  Kalau depa berani, dah lama disebut dalam buku Jingga yang harga minyak akan dikekalkan pada paras sekian-sekian, selama mereka jadi kerajaan.
Tak berani nak janji pun, gebang sementara belum dapat bolehlah.

Yang penting, ekonomi perlu ada keseimbangan dan keseimbangan itulah yang berjaya diuruskan dengan baik oleh kerajaan BN sekarang.  Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang dibawah DAP, negeri itu hampir menjadi Singapura kedua kerana tanahnya yang terlalu mahal, tidak mampu dibeli orang tempatan melainkan rakyat dari republik tersebut.

Sedangkan BN, walaupun mengakui orang yang ada duit berhak membeli hartanah yang bersesuaian dengan pendapatan masing-masing, tapi hak rakyat yang kurang berkemampuan tidak diketepikan.  Ini yang penulis sebutkan keseimbangan.  Itu baru mengambil rumah sebagai contoh, yang lain lagi?
Adakah kerja ini mudah?  Sudah tentu tidak tapi kerajaan BN berjaya mengawalnya dengan baik.  Maka itu, undilah BN, tolak PAS, DAP dan PKR.

Sumber MyKMU.net

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.