Khamis, 22 Mac 2012

Jutaan Ringgit Duit Rakyat Selangor Terpaksa Dibazirkan Hanya Kerana Sampah!

    12:30:00 PTG   No comments


Kenyataan Exco PBT Selangor bahawa 50 kompaktor yang dibeli adalah untuk memastikan ianya lebih efisyen jelas menunjukkan bahawa kerajaan Selangor sekarang semakin hilang pedoman.

Kenyataan terdahulu daripada Pejabat Menteri Besar bahawa kerajaan negeri akan melakukan audit kepada semua kontraktor sampah sehingga kini kita masih belum menerima sebarang keputusan. Perkara yang sama berlaku ketika sidang Selcat. Siasat, inkuari akhirnya senyap tanpa sebarang penyelesaian.
















Apa yang jelas adalah keputusan membeli 50 kompaktor menggunakan duit rakyat adalah satu pembaziran yang cukup besar. Ketika Alam Flora diberi kontrak kutipan sampah, semua jentera mahupun peralatan disediakan oleh mereka tanpa ada penglibatan daripada kerajaan negeri.

Sebuah kompaktor mengikut pasaran berharga melebihi RM100 ribu untuk memastikan kompaktor tersebut menepati syarat untuk melakukan kerja-kerja kutipan sampah. Tindakan kerajaan negeri untuk menyewakan kompaktor kepada kontraktor dilihat sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan kroni-kroni mereka daripada digantung.Malangnya duit rakyat Selangor digunakan untuk memastikan kantung kroni-kroni mereka penuh walaupun secara logiknya penyediaan kompaktor adalah menjadi tanggungjawapa kontraktor.


















Ketika zaman Alam Flora, mereka akan menamatkan khidmat kontraktor yang gagal mengikut skop kerja yang digariskan. Mungkin ini juga antara punca kenapa kontrak Alam Flora ditamatkan.




Secara keseluruhan dana yang diperlukan oleh kerajaan Selangor untuk membeli kompaktor adalah berjumlah RM65 juta sekiranya harga sebuah kompaktor di dalam lingkungan harga RM 130 ribu sebuah. Kita jangan nafikan keupayaan kerajaan Selangor yang mempunyai berbillion ringgit hasil jualan aset-aset kerajaan negeri. Mereka mampu membeli dengan jumlah harga tersebut tetapi apa yang kita perlu fikirkan bagaimana kegagalan kerajaan negeri menguruskan duit untuk kepentingan rakyat Selangor.

Adakah dengan pembelian kompaktor tersebut mampu menyelesaikan masalah sampah yang semakin kritikal di Selangor. Bagaimana dengan talian bebas tol 1800-88-2824? Adakah ianya memberi implikasi yang boleh membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah sampah?

Persatuan Sisa Pepejal dan Pembersihan Hulu Langat pernah membuat bantahan terhadap Majlis Perbandaran Kajang menawarkan tender kepada orang luar. Apa jawapan daripada Ronnie Liu?

“Semua kontraktor perlu mengikuti proses tender, supaya ia adil. Saya rasa mereka bimbang mereka tidak dapat menyertai proses tender. Bagaimanapun, tidak semestinya kontraktor yang menyertai proses tender akan diberikan kontrak.

Mereka perlu mengikuti beberapa kriteria dan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri serta PBT. Satu sistem yang adil akan dilaksanakan,” katanya.



Andai semua kontraktor perlu mengikuti proses tender dan memenuhi kreteria, adakah penyediaan jentera pengangkut sampah tidak termasuk di dalam kreteria untuk melayakkan mereka diberi kontrak kutipan sampah



Fikirkan Bersama
KITA GEMPUR.COM

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.