Khamis, 22 Mac 2012

Mahu Jadi Ketua..Tapi Malu Diejek 'Lembu'

    5:30:00 PTG   No comments


Baru diejek lumbu sudah patah semangat dan susah nak buat kerja. Macam inikah manusia yang bakal menjadi Ketua Wanita Umno sekiranya Sharizat Jalil mengumumkan perletakan jawatanya sebagai Ketua Wanita Umno apabila Najib Razak mengumumkan tarikh pilihanraya yang ke 13.

"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.

Belajarlah sedikit daripada kerektor Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR yang lain. Walau teruk dipalit dengan imej yang busuk dan memualkan seperti kaki liwat,kaki zina dan bermacam-macam lagi, namum semua itu tidak memberi bekas kepada mereka untuk meneruskan survival dalam politik negara ini.

Semenjak Shahrizat Jalil mengumumkan perletakan jawatanya dala kabinet. Disaat desakan pembangkang semakin berkurangan berhubung isu ini. Tapi sebaliknya yang berlaku dari pihak Umno sendiri, ahli dan pemimpinya menjadi lebih pembangkang dari pembangkang itu sendiri.

Kalau macam inilah gayanya peluan Umno-BN hendak menang pada PRU13 akan datang amat payah kerana disaat akhir genral-genral perang dalam wanita Umno bertelagah sesama sendiri. Masing nak tunjuk bahawa dirinya adalah calon 'winable candidate'..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.