Selasa, 3 April 2012

Hanya Kerana Undi PAS Sanggup Gadai Akidah Umat Islam

    12:30:00 PTG   No comments


Apa lagi yang kita boleh harapkan daripada PAS, jika isu sepenting ini sudah tak dipedulikan lagi oleh parti politik yang kononya memperjuangkan dan memartabatkan agama Islam.

PAS kini dilihat lebih mengutamakan undi dan kuasa dari menyelamatkan akidah umat Islam yang kini dihambat dengan pelbagai dugaan pemesongan akidah oleh pihak tertentu.

Di dalam PAS sendiri terdapat ramai cerdik pandai agama. Ke mana perginya tanggunjawab yang sepatutnya dipikul oleh golongan ini dalam menagani isu murtad ini?

Adakah perlu tunggu menawan Putrajaya dahulu baru nak menyelesaikan segala permasalahan yang melibatkan isu murtad ini?

Kenyataan pemimpin PAS Selangor yang mengatakan video pemurtadan orang Islam yang didedahkan oleh Hasan Ali kepada wartawan baru-baru ini TIDAK PENTING. Tergamak seorang pemimpin yang beragama Islam sanggup berkata sedemikian.

Selaku Menteri Besar dan juga Pengurusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, adalah menajdi tanggungjawab Khalid Gagap menyekat aktiviti pemurtadan ini dengan lebih berkesan kerana segala kuasa dan kata pemutus berada di tanganya.

Cuba tanya pada Khalid Gagap berkenaan isu video murtad yang didedahkan oleh Hasan Ali baru-baru ini, adakah dia tahu akan perkara yang berlaku sebelum ia disebarkan kepada masyarakat terutama sekali umat Islam.

Kalau pemimpin PAS sendiri kata tak penting, inikan pula Khalid Gagap, sudah tentu dia tak mahu ambil tahu. Macam yang dia pernah sebut dulu, masalah murtad ini adalah masalah individu..
Jahanam umat Islam, jahanam negara Malaysia, jika diberi peluang Pakatan Pembangkang mentadbir negara ini.

Dari apa yang berlaku, diharap Rakyat Malaysia terutama sekali umat Islam, fikirlah sehabis baik siapa sepatutnya yang perlu dipilih untuk menjaga kesucian agama Islam. Tepuk dada tanya iman masing-masing.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.