Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.
Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan atau “duit rakyat” untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.
Yang pelik, pada masa yang sama kerajaan menekan Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor (YBK) yang berjunag untuk membasmi kemiskinan sehingga mahu merampas tanah milik YBK.
Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu “syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain, dan pada masa yang sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama”.
Memetik kata-kata Mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai “ Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat”
("This is an old trick used by the crooks in the corporate sector")
SUMBER
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..