Sabtu, 21 April 2012

Pemimpin DAP Dalam Ketakutan, Hantu Teoh Beng Hock Dilihat Merayau-Rayau Di Selangor

    11:45:00 PTG   No comments


Exco Selangor Ean Hian Wah yang juga merupakan bekas bos kepada mendiang Teoh Beng Hock (TBH) sudah mula rasa tidak tenteram apabila buku komik yang mengisahkan tentang prihal kematian pembantunya mula tersebar di Selangor.

Untuk rekod, keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock telah merumuskan bahawa kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari tingkat 14.

Ada sumber mengatakan punca yang menyebabkan Teoh Beng Hock terpaksa memilih jalan membunuh diri disebabkan oleh tekanan dan ugutan dari pihak tertentu yang sangat risau kegiatan haram yang dilakukan terdedah ke pengetahuan pihak SPRM.

Sebelum mendiang TBH dijumpai mati akibat jatuh dari tempat tinggi, pembantu kepada Ean Hian Wah telah dipanggil oleh pihak SPRM sebagai saksi utama bagi memberi keterangan di atas tuduhan menipu kerajaan dengan menyalah guna syarikat bumiputera untuk mendapatkan tander.

Pampasan atau lebih tepat lagi duit rakyat Selangor yang dianggarkan berjumlah RM300 ribu telah dibayar kepada keluarga mendiang oleh kerajaan Pakatan Selangor sebelum keputasan akhir Suruhanjaya Diraja mendapati punca kematian TBH bukan disebabkan oleh perbuatan jenayah tetapi membunuh diri.

Dalam kenyataan Ean Hian Wah di portal berita milik yahudi, Malaysiakini mendakwa penyeberan buku komik tersebut bertujuan untuk menjatuhkan maruah TBH dan nama baiknya  selaku pemimpin Pakatan dan juga Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Ean Hian Wah turut mencabar sekiranya maklumat yang terkandung dalam komik tersebut adalah benar diminta penerbit atau sesiapa sahaja yang terlibat dapat mendedahkan diri.

Nampaknya isu kematian TBH dan penipuan yang dilakukan oleh kroni DAP Selangor dalam mengaut tander kerajaan negeri dengan menyalah guna nama syarikat milik bumiputera telah dihangatkan kembali.

Dengarnya, ada beberapa pendedahan panas yang akan dibuat  sedikit masa lagi berhubung isu penipuan DAP Selangor yang mana kisahnya ini belum pernah didengari oleh mana-mana pihak. Apa yang pasti selepas ini, akan ada dari kalangan pemimpin DAP Selangor yang panas punggung apabila kegiatan haram mereka satu persatu didedahkan kepada pengetahuan rakyat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.