'Setan Bisu' dan bermacam-macam lagi gelaran serta tohmahan dilemparkan kepada Mufti Pahang kerana mengingatkan Beruksiswa Pakatan supaya jangan lalai atau buat-buat lupa untuk membayar hutang.
Pelbagai alasan diberi oleh penyokong Pakatan Pembangkang untuk mengelak dari membayar hutang. Alasan paling popular yang sering mereka gunakan ialah bayaran balik pinjaman PTPTN dikenakan bunga atau dalam istilah Islamnya disebut 'riba'.
Dengan alasan 'riba' ini, maka berkokoklah penyokong Pakatan dengan menjadikan 'riba' tersebut sebagai modal untuk melepaskan diri dari membayar hutang. Memang betul 'riba' itu haram dalam Islam dan tiada siapa pun dapat nafikan.Tapi kepentingan untuk melangsaikan hutang adalah amat dituntut dalam Islam dan perlu diberi keutamaan.
'Riba' dan hutang adalah dua perkara berbeza. Sebelum menandatangani sebarang dokmen perjanjian yang melibatkan hutang, sudah tentu Beruksiswa Pakatan telah diberi penjelasan tentang bagaimana hutang tersebut perlu dijelaskan dan kadar bunga yang dikenakan.
Sekiranya Beruksiswa Pakatan telah setuju dan menandatangani borang perjanjian PTPTN tersebut, bermakna mereka ini juga bersedia untuk membayar balik hutang dan menanggung kadar bunga seperti yang dinyatakan,
Jika Beruksiswa sangat mementingkan soal hukum 'riba' dalam skim penjaman PTPTN ini, ia masih boleh diterima.Soal kadar faedah 1% yang dikenakan mungkin boleh dimansuhkan atas budi bicara Kerajaan tapi dengan syarat sila bayar kembali jumlah duit yang dipinjam atau yang telah diguna.
Yang menjadi kehairanan, kenapa baru sekarang Beruksiswa Pakatan tersedar yang 'riba' itu haram setelah duit PTPTN habis dijolikan?
Sekali lagi suka diingatkan kepada Beruksiswa Pakatan, bahawa duit PTPTN ini bukanlah duit Kerajaan seperti yang dilalakan. Sebaliknya, duit tersebut datang dari duit pembayar cukai di Malaysia. Selari dengan slogan Pakatan Pembangkang bahawa duit kerajaan adalah duit rakyat, jadi tolong kembalikan duit yang telah dipinjam kepada Rakyat semula.
Published with Blogger-droid v2.0.4
itu pasai org cerdik2 suruh buat pendidikan percuma,tak jadi perangai mcm tu..Lepas habis belajar dari Universiti,dapat kerja ..gi la shopping sampai tidur dlm shopping complex
BalasPadam