Pelik...Kenapa tak ada foto Ostazah Ambiga?
Ntah apa agaknya yang dah dijampi Ambiga sehinggakan pencacai Pakatan ni turut sahaja segala perintahnya, sedangkan dia orang ni tahu Ambiga adalah seorang pejuang seks bebas (LGBT) dan menggalakkan orang Islam Murtad.
Bukan setakat Ismail Mina sorang ni saja yang dok bagi nasihat haram ikut Ambiga, malah ramai lagi golongan-golongan agama di Malaysia ni mempunyai pendapat yang sama supaya jangan sokong pejuang murtad, pejuang seks bebas KECUALI Tok Guru Nik Ajis.
Dalam ramai-ramai cerdik pandai Agama kat Malaysia ni hanya Tok Guru PAS ni saja yang kata WAJIB turun demo pada 28hb Apr yang tinggal beberapa hari je lagi ni. Dia rujuk kitab mana, tak ada siapa pun tahu. Main suka suki je keluar fatwa kata perjuangan Ambiga dalam tuntutan BERSIH ni selari dengan kehendak Islam. Kalau siapa dok percaya boleh sesat jadinya.
Nasihat pun dah diberi, tepuk dada tanya selera masing-masing. Siapa nak sesat ikutlah Ambiga dan Nik Ajis. Esok lusa kalau ada apa-apa terjadi, tanggunglah sendiri. Memang jenuh dan payah bebenar nak bagi nasihat kat manusia yang jenis totok dan taksub ni..Sabor aje lah...
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera
Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram
bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan
Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada
amalan seks songsang di negara ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam
yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh
pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.
“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat
pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan
perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya
di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin
Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf
Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan
minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah
lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai
penyokong kuat amalan tersebut.
Ismail Mina menegaskan, kredibiliti Ambiga wajar dipertikaikan
pengikut perhimpunan tajaan pembangkang itu, gara-gara beliau tidak
mempunyai hubungan dan pemikiran yang bersih.
“Di mana bersihnya Ambiga apabila sudah terang lagi bersuluh bahawa
beliau selama ini jelas memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.
Baca lagi sekali di UTUSAN MALAYSIA
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..