Khamis, 12 April 2012

Warga IPTS Bakal Terima Nasib Malang Sekiranya Plan Reformasi Pendidikan Percuma Pakatan Pembangkang Dilaksana

    11:30:00 PTG   No comments


Kepada penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berada di seluruh negara, mulai dari sekarang anda sudah boleh memikirkan dan mencari ruang-ruang kosong yang bersesuaian dengan kelayakan diri untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Buat bos-bos IPTS pula, disarankan supaya mencari bidang lain selain daripada pendidikan untuk medapatkan keuntungan kerana jika mengikut rancangan Pakatan Pembangkang, mana-mana IPTS yang mengenakan kos pengajian yang tinggi dan membebankan rakyat tidak dibenarkan beroperasi lagi.

Begitu juga dengan nasib pensyarah-pensyarah IPTS. Boleh mula menyemak kerja-kerja kosong yang bergaji lumyan di surat-surat khabar samada menjadi kerani, penyelia kilang atau pulang ke kampung tanam pokok kelapa sawit. Itulah gambaran nasib yang bakal diterima kemudian hari jika plan pendidikan percuma Pakatan Pembangkang dilaksanakan.

Untuk langkah pertama. kerajaan negeri Selangor akan menutup dua IPTS miliknya sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Hanya pelajar yang berpotensi sahaja akan di serap masuk ke dalam institut pengajian tinggi awam seluruh negara.

Menurut Rafizi Ramli, semenjak penubuhan UniSEL dan KUIN di Selangor, institut pegajian sawasta tersebut hanya mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri selain dari kualiti pelajarnya yang kurang bermutu dan tidak setanding dengan pelajar IPTA yang lain.Ia dibuktikan dengan kesanggupan pelajar dari IPTS tersebut menjadi keldai orang politik apabila berlaku demonstrasi haram.

Nasib IPTS lain yang bukan milik kerajaan negeri tidak dapat dipastikan samada dibenarkan beroperasi dengan syarat atau tutup pusat pengajian kemudian diambil alih oleh kerajaan, semua itu terpulang atas budi bicara Anwar Ibrahim selaku bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Dalam plan reformasi pendidikan percuma Pakatan Rakyat, duit Petronas sekali lagi akan diguna untuk membina 10 buah pusat pengajian tinggi dan sebahagian lagi dari duit Petronas akan diguna untuk membayar pampasan kepada pemilik-pemilik IPTS berdaftar yang berhasrat menutup operasinya.

Melalui plan reformasi pendidikan percuma Pakatan Rakyat yang telah dibentangkan ini, diharap dapat membuka mata pelajar, pensyarah serta pemilik IPTS-IPTS yang ada sekarang supaya dapat melihat dengan lebih jelas ke mana arah tuju serta untung nasib diri sendiri dan perniagaan yang dibangunkan selepas ini sekiranya Pakatan Pembangkang berjaya mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Buatlah pilihan yang tepat bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.