Orang kuat BN Selangor, Datuk Noh Omar menyifatkan PAS masih lagi dalam keadaan samar-samar untuk menetukan halatuju ke mana perginya parti itu apabila menjelang pilihanraya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.
Menurutnya lagi, percanggahan pendapat di kalangan pemimpin PAS di dalam gabungan Pakatan Pembangkang yang dianggotai DAP dan PKR bukanlah perkara baru. Walau pada permukaanya gambungan tiga parti itu dilihat sering berpelukan sebagai tanda kemesraan, tapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya.
Sebagai contoh, isu yang melibatkan kepetingan orang Islam seperti isu murtad, penjualan arak secara terbuka, kewujudan banyak premis perjudian, rumah persundalan dan bermacam-macam lagi.
Jika kita masih ingat semasa Hasan Ali masih lagi menjadi exco kerajaan negeri Selangor sebelum dipecat dari PAS, pernah berlaku insiden rampasan arak yang dijual secara terbuka di Selangor sebelum ia disuruh pulang kembali atas arahan orang kuat DAP, Ronnie Lui.
Kalau nak diungkit memang banyak lagi cerita kumungkaran yang berlaku di dalam negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Kekangan daripada PKR dan DAP membuatkan PAS berada dalam keadaan tersepit dan tidak boleh
Dari sini, rakyat dapat melihat dengan jelas di mana kedudukan sebenar PAS dalam Pakatan Pembangkang. Bagaimana mungkin rakyat akan memberi kepercayaan lagi kepada PAS, jika dilihat dengan keadaan PAS hari ini yang dilihat seperti sebuah parti politik yang hilang pedoman dan halatuju.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..