Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir ekstrimis Pakatan Pembangkang yang mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah, baru-baru ini.
Tahniah kepada Ambiga dan penyokong Pakatan Pembangkang kerana agenda BERSHIT yang dibawa mereka telah berjaya menyusahkan rakyat Malaysia. Diharap jemaah Malaysia yang tidak dapat mengerjakan Umrah pada masa akan datang jangan kecewa dan redha dengan situasi yang berlaku.
Selepas ini, kepada jemaah Malaysia yang ingin melakukan ibadah haji dan umrah boleh datang ke negeri 'Serambi Mekah' di Kelantan tempat kelahiran Nik Ajis.Tak perlu pergi jauh-jauh atau bersusah payah mendapatkan visa. Selamat cuti-cuti Malaysia.
Untuk rekod, Nik Ajis adalah tok guru pertama yang memfatwakan wajib hadir turun menyertai perhimpunan haram BERSHIT 3.0 yang telah berlangsung beberapa minggu lepas. Kesan dari fatwa yang dikeluarkan Nik Ajis tersebut talah menyebabkan sekumpulan penyokong PAS bersama anak Nik Ajis sendiri, telah membawa agenda murtad Ambiga melalui flatform BERSHIT dan teori 'Arab Spring' ke tanah suci Mekah.
Kerana ketololan yang ditunjukan oleh penyokong PAS inilah akan membuatkan rakyat lebih marah dan menolak puak-puak Pakatan pada PRU13 akan datang.
Khabarnya, Nik Ajis sekarang sedang merancang terbang berangkat ke Arab Saudi untuk 'kaw tim' dengan pihak berkuasa di sana, supaya syaitan-syaitan yang menjadi penghasut tidak lagi diburu dan diberi kelonggaran untuk pulang ke tanah air. Mari kita doakan agar puak-puak BERSHIT yang membuat tahi di tanah suci Mekah dikenakan hukum yang setimpal dengan perbuatan mereka. Amin....
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..