Rabu, 9 Mei 2012

Perdana Menteri Rasmi Empat Acara Penting BN Selangor Khamis Ini

    10:00:00 PG   No comments


Pada hari Khamis ini, Datuk Sri Najib akan merasmikan secara serentak empat acara anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor termasuk Pusar Khidmat Rakyat  (PAKAR) di pejabat UMNO negeri di Shah Alam.

Menurut Ketua Koordinator BN Selangor, Datuk Sri Ir. Mohd Zin Mohamed, Perdana Menteri akan melancarkan lagu tema Sayangi Selangor Yakini BN pada hari itu dan dijadualkan juga, PM akan merasmikan majlis penubuhan Persatuan Barisan Artis Malaysia (BRAN) peringkat nasional.

Lagu tema Sayangi Selangor Yakini BN akan dinyanyikan oleh kumpulan koir Lim Kok Wing, manakala majlis pelancaran Persatuan Barisan Artis Nasional bakal diserikan dengan barisan artis tekemuka tanah air termasuk Erry Putra, Lutfya AF dan Ayu OIAM.

Penduduk tempatan , rakyat Selangor boleh menghubungi  talian PAKAR BN Selangor di nombor 1300-22-2626 untuk menyampaikan sendiri sebarang aduan mengenai pelbagai masalah yang berlaku di negeri Selangor secara terus kepada Perdana Menteri.

Ada sesuatu yang menarik bakal menanti buat pemanggil bertuah yang berjaya menembusi talian hotline PAKAR. Hadiah istemewa akan diberikan kepada pemanggil yang  berjaya  bercakap dengan Perdana Menteri secara terus.

Untuk upacara penutup, Perdana Menteri akan melakukan flag off sekumpulan pemandu teksi dari anggota Persatuan Pemandu Teksi Selangor yang berpakaian baju BN dan memasang bendera BN pada teksi masing-masing sebagai tanda sokongan.

Seluruh warga Selangor dijemput hadir untuk memeriahkan lagi suasana. Bagi anda yang mempunyai kelapangan waktu boleh singgah sebentar untuk bertemu dengan Perdana Menteri secara empat mata dan berhibur bersama artis-artis kesanyangan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.