Kita tidak tahu sama ada S.Ambiga adalah seorang yang keliru, dungu atau semata-mata hipokrit. Beliau yang menganggap diri sendiri sebagai juara hak asasi manusia kini terjerit-jerit menafikan hak manusia lain untuk mencari rezeki dan berhimpun di depan rumahnya.
Seolah-olah hilang pertimbangan Ambiga benar-benar
berang apabila 20 peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana
Malaysia (Ikhlas) yang kerugian akibat BERSIH 3.0 menuntut pampasan darinya dan
bertindak berniaga di hadapan rumahnya.
Alasan Ambiga ialah mereka telah menceroboh privasinya.
Malah beliau juga menempelak mereka sebagai penyangak.
Benar, Ambiga ada hak privasi, tetapi beliau perlu
ingat bahawa peniaga-peniaga juga ada hak berhimpun dan mencari rezeki di mana
saja mereka suka. Lagipun, bukankah Ambiga juga yang menunjukkan contoh bahawa
manusia boleh berhimpun di mana saja termasuk di kawasan perniagaan, walaupun
ia akan menggugat hak manusia lain untuk mencari rezeki.
Dan Ambiga jugalah yang menunjukkan contoh bahawa
manusia ada hak untuk menceroboh ke kawasan larangan dan mengingkari perintah
pihak berkuasa jika mereka suka.
Adalah pelik apabila peniaga yang berhimpun dan
berniaga dengan aman dipanggil penyangak sedangkan mereka langsung tidak
merosakkan harta benda Ambiga sepertimana perusuh ternakan Ambiga dalam BERSIH
3.0 merosakkan kereta polis termasuk mencederakan anggota polis.
Ambiga juga tidak boleh marah jika peniaga mengotorkan
kawasan rumahnya kerana itu adalah hak mereka, sepertimana pihak BERSIH 3.0
berhak mengotorkan Kuala Lumpur dengan sampah sarap dan darah pada 28 April
lalu.
Dalam kes ini, Ambiga perlu ingat bahawa
sekurang-kurangnya beliau dan jiran-jiran langsung tidak mengalami apa-apa
kerugian dari segi kewangan. Kesan kepada Ambiga dan jiran-jiran hanyalah dari
segi perasaan terganggu atau rimas.
Tetapi, apa yang dialami oleh peniaga-peniaga tersebut
ketika BERSIH 3.0, ialah kerugian yang bukan sedikit. Itupun belum lagi dikira
dengan kerugian dalam BERSIH 2.0 yang belum dilunaskan oleh Ambiga.
Sedarkah Ambiga, bahawa peniaga-peniaga inilah rakyat
marhaen yang konon dibela oleh Ambiga melalui BERSIH.
Justeru, kenapakah rakyat marhaen yang hanya berniaga
kecil-kecilan ini perlu dipanggil penyangak hanya kerana ingin menuntut hak
mereka yang telah dirampas oleh Ambiga dalam BERSIH yang lalu?
Maka, tidak salahlah jika kita berkata bahawa Ambiga
dan BERSIH tidak pernah mewakili suara rakyat marhaen tetapi hanya segelintir
rakyat yang menyokong pembangkang sahaja.
Jika Ambiga benar-benar berniat baik dan seorang
pejuang hak rakyat yang ikhlas, beliau tidak akan sekali-kali menempelak atau
naik berang dengan peniaga-peniaga ini. Sebaliknya beliau akan turun bersemuka
dengan mereka, meminta maaf dan mendengar keluhan mereka dan berjanji akan
melakukan sebaiknya untuk membantu dengan apa jua cara yang termampu.
Tetapi, Ambiga sememangnya berniat jahat dan tidak
ikhlas. Ini telah pun terbukti apabila beliau dengan selamba mencuci tangan
enggan bertanggungjawab apabila perusuh ternakannya ditangkap ataupun cedera.
Sedikit pun beliau tidak peduli dengan nasib mereka jauh sekali menjenguk
mereka yang hospital, sedangkan mereka juga mewakili rakyat marhaen yang konon
diperjuangkannya.
Maka terbuktilah sudah buat kesekian kalinya, siapa
Ambiga, iaitu seorang hipokrit dan pengkhianat negara. Apapun, terima kasih
diucapkan kepada para peniaga Ikhlas yang berjaya membuat seekor iblis keluar
dari penyamarannya.
bukan meniaga dalam rumah dia pun..apsal nak bising..padan ngan muka dia..time bersih yg lepas ko tak pikir plak pasal orang lain.nie peniaga nie cuma cari rezeki dwpan umah ko jer..bukan rosak harta ko pun..tak pukul ko pun..sampah pun buang ditempat yg sepatutnya..kata hak asasi...puihhh.
BalasPadam